Wulai dan Yingge

Pengenalan

Wilayah pemandangan Wulai di selatan Taipei diairi oleh sungai lembah yang sempit dan indah. Ia tapak petempatan orang asli Atayal, salah sebuah puak terbesar di Taiwan. Seksyen pertama Wulai bertumpu di kolam air panas, hotel-hotel murah hingga ke hotel bertaraf lima bintang dan fasiliti-fasiliti awam di sepanjang tebing sungai. Jalan utama dibarisi kedai-kedai makan dan gerai kraf tangan khas untuk para pelancong.


  • Di Taiwan, perkataan  ‘Yingge’ sama erti dengan ‘seramik’. Tempat ini telah menjadi pusat pembuatan seramik selama dua kurun. Para pelancong dan penduduk tempatan datang beramai-ramai ke Old Pottery Street yang berturap batu bundar, sebuah seksyen di Jianshanpu Road. Ia dibarisi lebih 100 buah kedai yang menjual semua jenis produk seramik daripada pasu-pasu kecil hinggalah ke replika khazanah terkemuka yang terdapat di National Palace Museum.
  • Kebanyakan kedai ada menyediakan perkhidmatan penghantaran produk ke luar negara. Terdapat iuga lawatan ke kawasan batu kapur. Yingge Ceramic Museum yang moden ini berkelas dunia, dengan penerangan bahasa Inggeris serta pameran-pameran, demonstrasi dan sesi membuat produk seramik.
  • Terdapat muzium baru, Wulai Atayal Museum yang ada penerangan dalam bahasa Inggeris. Maju ke hulu sungai di gaung sempit ini ialah seksyen kedua Wulai. Para pelancong boleh ke sana dengan menaiki kereta api mini melalui landasan sempit yang pernah digunakan untuk industri pembalakan.
  • Lokasi ini dipanggil Wulai Aboriginal Culture Village atau Kampung Budaya Orang Asli Wulai. Di sini ada teater untuk persembahan tarian dan nyanyian orang asli, pameran budaya dan kedai makan yang menghidangkan makanan tradisi Atayal. Kereta kabel akan membawa anda merentasi gaung sempit ke pusat peranginan di dataran iris yang berada di puncak Air Teriun Wulai.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Wulai
Yingge
Keramik Yingge Museum