Pengenalan

  • Datang ke Taiwan dan bergerak di sini dengan segala maklumat yang anda perlukan tentang visa, iklim, mata wang dan maklumat lain.

Visa

  • Rakyat dari negara Malaysia pasport menikmati tempoh tanpa visa ke Taiwan tidak lebih daripada 30 hari tempoh. Bagi yang berhasrat untuk tinggal lebih 30 hari lama, perlulah memohon visa.

Bahasa Perantaraan

  • Bahasa Mandarin merupakan bahasa kebangsaan. Bahasa Taiwan yang hampir menyerupai bahasa Hokien / Fuji, digunakan secara meluas. Di pusat-pusat
    pelancongan, kakitangan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Jepun.

Iklim

  • Taiwan terletak di antara kawasan moderat dengan kawasan tropical dan beriklim subtropical. Suhu purata tahunan kira-kira 22°C kecuali kawasan pergunungan.
Bulan Maksimum Minimum Purata
Januari 18 13 14
Februari 18 13 14
Mac 21 14 17
April 24 18 21
May 27 22 24
Jun 30 24 27
Bulan Maksimum Minimum Purata
Julai 32 26 28
Ogos 32 26 28
September 30 23 27
Oktober 27 21 23
November 23 18 20
December 19 14 16

Pilih Agensi Pelancongan yang Sah

  • Apabila menyertai rombongan tempatan di Taiwan, pelawat-pelawat asing dinasihatkan untuk bertanya sama ada agensi pelancongan yang bertanggungjawab mengupah pemandu pelancong bertauliah yang dapat memberikan perkhidmatan dalam bahasa yang ditetapkan. Jika anda mendapati pengambilan pemandu pelancong yang tidak sah, sila hantar jadual perjalanan dan kontrak perkhidmatan yang disediakan oleh agensi serta nama agensi kepada kami di laman web Biro Pelancongan. Cari “Hubungi Kami (Peti Mel Pengarah)” untuk memfailkan aduan.
  • Tour Guide License (Front)

    Lesen Pemandu Pelancong (Depan)

  • Tour Guide License (Back)

    Lesen Pemandu Pelancong (Belakang)

Mata Wang

  • Unit mata wang Republik China ialah Dolar Taiwan Baru (NT$), yang mempunyai lima denominasi dalam wang kertas dan lima denominasi dalam duit syiling. Wang kertas terdiri daripada denominasi NT$2,000, NT$1,000, NT$500, NT$200 dan NT$100. Duit syiling terdiri daripada denominasi NT$50, NT$20, NT$10, NT$5 dan NT$1.
  • Untuk mata wang yang berbeza, sila layari Penukar Mata Wang di Penukaran Mata Wang 1 dan Penukaran Mata Wang 2.
  • Mata wang asing boleh ditukar di bank dan hotel yang ditetapkan oleh kerajaan. Resit akan diberikan apabila mata wang ditukarkan serta mesti dikemukakan untuk menukar NT$ yang belum digunakan sebelum berlepas.
  • Kad kredit utama seperti American Express, Master Card, Visa dan Diners Club diterima serta cek kembara boleh ditunaikan di bank pertukaran asing, sesetengah perniagaan berorientasikan pelancongan dan kebanyakan hotel pelancongan antarabangsa (untuk tetamu bilik).
  • Untuk maklumat lanjut tentang mata wang Dolar Taiwan Baru, sila layari laman web Bank Pusat Republik China (Taiwan).
  • NT$2000NT$2000
  • NT$1000NT$1000
  • NT$500NT$500
  • NT$200NT$200
  • NT$100NT$100

Telekomunikasi & Panggilan Kecemasan

Telekomunikasi

  • Panggilan antarabangsa boleh dibuat di telefon awam yang menerima kad pra-bayar atau syiling. Kad pra-bayar boleh didapati di kedai-kedai serbaguna. Semua telefon boleh digunakan untuk panggilan domestic.
  • Kiriman melalui faks boleh dilakukan di semua rangkaian kedai serbaguna 7-Eleven dan Family Mart. Penerimaan isyarat selfon termasuk 4G/5G, adalah bagus di hampir semua tempat di Taiwan tapi agak kurang jelas di kawasan pergunungan.

Nombor Telefon yang Berguna dan untuk Kecemasan

  • Untuk membuat panggilan antarabangsa dari Taiwan, dail 002, kemudian kod negara dan nombor telefon yang betul. Contoh:tambah 002 + kod Negara + kod kawasan + number telefon
  • Kod Negara untuk Panggilan ke Taiwan adalah 886
Unit-Unit Bantuan No. Tel
Nombor Kecemasan (Perkhidmatan Percuma) – Polis 110
Nombor Kecemasan (Perkhidmatan Percuma) – Bomba,  Ambulans 119
Nombor Kecemasan (Perkhidmatan Percuma) – Panggilan Kecemasan (Untuk Penerimaan Isyarat Telefon Bimbit
Buruk)
112
Operator Luar Negara 100
Bantuan Direktori Tempatan Bahasa Cina 104
Bantuan Direktori Jarak Jauh Bahasa Cina 105
Bantuan Direktori Bahasa Inggeris 106
Masa 117
Cuaca 166
Trafik 168
Hotline 24 Jam Percuma untuk Maklumat Pelancongan 0800-011-765
Maklumat untuk Warga Asing di Taiwan 1990
Pusat Perkhidmatan Pelancongan, Biro Pelancongan +886-2-2717-3737
Terminal 1, Pusat Khidmat Pelancong, Lapangan Terbang
Antarabangsa Taoyuan Taiwan, Biro Pelancongan
+886-3-398-2194
Terminal 2, Pusat Khidmat Pelancong, Lapangan Terbang
Antarabangsa Taoyuan Taiwan, Biro Pelancongan
+886-3-398-3341
Pusat Khidmat Pelancong, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung, Biro Pelancongan +886-7-805-7888
Kementerian Luar Negeri +886-2-2348-2999
Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) +886-2-2725-5200
Biro Perdagangan Luar Negeri +886-2-2351-0271
Persatuan Pelawat Taiwan +886-2-2752-2898
Stesen Radio Polis +886-2-2388-8099
  • Tourist Information Hotline 24 jam (0800-011-765) dan Information for Foreigners Hotline 24 jam (0800-024-111) adalah amat berguna. Jika mereka tidak dapat mencari maklumat yang anda perlukan serta-merta, mereka akan menelefon anda kembali, selalunya dalam masa 30 minit.

Informasi Lain

Laman Web Berguna

Sales Tax Refund

  • Para pelancong yang berbelanja lebih NT$2,000 dalam sehari di kedai-kedai yang ditampal TRS (Tax Refund Shopping), sekiranya mereka meninggalkan Taiwan dalam masa 30 hari dan membawa barangan bersama mereka, tuntutan kembali 5% cukai pembelian (VAT) boleh dibuat di Foreign Passenger VAT Refund Service Counter di lapangan kapal terbang atau balai berlepas di pelabuhan.
  • Jika tuntutan kembali VAT kurang dari NT$1,000, para pelawat boleh membuat tuntutan secara terus
    di kedai-kedai yang ditampal TRS. Untuk maklumat lanjut tentang tuntutan kembali cukai pembelian.
Versi Bahasa Inggeris
E-VAT Refund website

Upah Tip

  • Upah tip tidak diterima atau digalakkan. Kebanyakan hotel dan restoran berkelas tinggi mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus.

Elektrik

  • Taiwan menggunakan arus elektrik 110 volt pada 60 kitaran. Peralatan dari Eropah, Australia atau Asia Tenggara akan memerlukan penyesuai atau alat ubah untuk digunakan. Banyak bangunan mempunyai soket dengan 220 volt, khasnya untuk kegunaan penghawa dingin.
  • Two-hole socket

    Soket Dua Lubang

  • Three-hole socket

    Soket Tiga Lubang