Menurut Indeks Pelancongan Muslim Global MasterCard-CrescentRating 2022, Taiwan mengekalkan tempat kedua di dunia dari segi menyediakan persekitaran pelancongan mesra Muslim dalam kalangan destinasi bukan OIC (Organisasi Kerjasama Islam). Tambahan pula, Taiwan diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC)” (Inclusive Destination of The Year (non-OIC)) dalam kategori “Anugerah Halal dalam Pelancongan 2022”(Halal in Travel Awards 2022) yang dianjurkan oleh CrescentRating. Antara ciri-ciri yang menyumbang kepada penarafan tinggi ini, para pelancong mendapati bilik solat Muslim tersedia di banyak hab pengangkutan dan kawasan yang indah, termasuk lapangan terbang antarabangsa Taiwan, Stesen Utama Taipei, Stesen Kaohsiung, Stesen Hualien, Stesen Taichung Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan, serta 13 buah Kawasan Pemandangan Indah National dan Kawasan Perkhidmatan Lebuh Raya Negara. Pelawat-pelawat Islam ke Taiwan juga mendapati banyak restoran dan kemudahan lain yang tersedia untuk memenuhi keperluan diet dan keagamaan mereka.Taiwan terus berusaha untuk mewujudkan persekitaran pelancongan yang sangat mesra untuk rakan-rakan Muslim kami.

mesraMuslim-1
mesraMuslim-2
mesraMuslim-3
mesraMuslim-4
mesraMuslim-5
mesraMuslim-6