Opera Beijing

Ditubuhkan secara rasmi pada 1790, Opera Beiiing mempersembahkan plot-plot cerita yang begitu dramatik daripada mitos dan kisah sejarah China. Nyanyian, tarian, aksi mimos dan gerakan akrobatik dipersembahkan dengan simbolik kompleks menerusi solekan tebal, peralatan dan kostum kuno. Teater Nasional Taipei mengadakan persembahan opera yang tetap secara penuh.