Kenangan Manis di Yilan

Terdapat pelbagai kegiatan luar dan dalam di Yilan. Selain kegiatan luar di Air Terjun Wufengqi atau Denai Linmei Shipan, Yilan juga memiliki mata air panas dalam untuk relaks. Jika ingin bermandi di mata air panas, anda boleh mengunjungi Pemandian Mata Air Panas Yunoyado Onsen Hotel Deyang yang bergaya Jepun. Hotel ini  menawarkan kemudahan pemandian mata air panas kepada tetamu hotel (dari NT$2,000/RM288) dan pengunjung umum.

Rujukan: https://www.taiwanstay.net.tw/room/5391

Photo credit: lauralin.ig

Photo credit: mrs.lin_

Keberuntungan di Taipei

Selepas menikmati kegembiraan membeli-belah di Ximending, Pusat Beli-belah Qsquare, Kompleks Breeze, Kompleks Shin Kong Mitsukoshi dan lain-lain, anda boleh menyantap semangkuk Ramen Ippudo yang asli dan lazat di kedai cawangan Stesen Taipei. Kemudian, anda boleh berehat di Penginapan Kapsul Bouti City (dari  NT$2,000/RM288) di kawasan beli-belah yang sama sambil memulihkan tenaga untuk lawatan hari berikutnya.

Rujukan: https://www.taiwanstay.net.tw/room/6700

Syurga Tersembunyi, Miaoli

Di Miaoli, terdapat pondok-pondok kecil di hutan yang umpama syurga tersembunyi. Selain mencuba teknik celupan kain dengan teknik ikat (NT$600/RM86), anda berpeluang mengalami gaya hidup desa dan menenteramkan jiwa dalaman dengan bermalam di Kotej Zhou Ye (NT$3,200/RM460). Destinasi ini merupakan percutian terbaik untuk detoksifikasi fisiologi dan mental.

Rujukan: https://www.taiwanstay.net.tw/room/17953

Photo credit: nianyun_0705

Photo credit: wongyui

Hualien yang Kaya dengan Kesenian

Rindu akan bercuti di persekitaran yang kaya dengan kesenian di Hualien? Di Hualien, anda boleh berbasikal di Jambatan Jinghua sambil mengagumi pemandangan sungai yang indah, menikmati karya seniman yang bukan aliran utama di Taman Industri Budaya dan Kreatif Hualien, A Zone dan merasai kroisan yang terkenal yang terletak di sebelah Penginapan Desa Jinghua (dari NT$2,800/RM400).

Rujukan: https://www.taiwanstay.net.tw/room/968

Terowong Rahsia Taitung

Jinlun bukan desa biasa di Taitung. Di bawah Jambatan Jinlun, terdapat terowong yang boleh membawa anda mencapai ke pantai yang tenang dengan pemandangan laut dan gunung yang menakjubkan. Jangan terlepas untuk merasai masakan asli yang unik di kafe LI.KA atau mendiami di penginapan mata air panas yang ekonomik, seperti Mata Air Panas Yitianwu (dari NT$1,750/RM250) ketika musim sejuk.

Rujukan: https://www.taiwanstay.net.tw/room/11590

Photo credit: iamericking

Photo credit : __t.i.f.f.a.n.y__

Bercuti Pendek di Taichung

Musim apa pun sesuai untuk melawat ke Taman Mapel yang terkenal di Taichung, taman rekreasi pertama dan satu-satunya di bawah permukaan tanah di Taiwan. Bandar yang meriah ini penuh dengan penginapan unik dengan reka bentuk yang menarik, termasuk Motel Birdman yang menawarkan pelbagai tema dari NT$2,980/RM430. Tarikan lain termasuk Pasar Malam Feng Chia dan Teater Nasional Taichung.

Rujukan: https://www.taiwanstay.net.tw/room/3262

Syurga Mata Air Panas, Beitou

Beitou menawarkan pengalaman mata air panas yang menyeluruh. Ketika mengunjungi Muzium Air Panas Beitou yang dibina pada zaman penjajahan Jepun, anda mesti cuba Ramen Mata Air Panas Man Lai, atau makan seperti orang tempatan di Pasar Beitou. Untuk menikmati keseronokan tidak terhingga di mata air panas, anda boleh menempah bilik dengan kolam mandi peribadi di Hotel Pheonix Pavilion. Anda boleh memanjakan diri dari NT$2,280/RM330.

Rujukan: https://www.taiwanstay.net.tw/room/7103

Photo credit: sabbykx

Photo credit: chenhepsamotel

Pengalaman Gastronomi di Lukang

Sup Bihun Taiwan Wang Wang, Ais Fa Ji serta Kafe Fang Kofi yang berada dalam bangunan berusia 100 tahun, Lukang boleh dijadikan destinasi anda seterusnya untuk perjalanan gastronomi. Jangan terlepas Desa Seni Lukang, Galeri Kaca Taiwan, Syurga Jelajah Gunung Baiguo dan Motel Spa Che He yang menawarkan bilik bertema khas dari NT$2,680/RM387.

Rujukan: https://www.taiwanstay.net.tw/room/12494

Kembali ke Alam di Kaohsiung

Naik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan ke Kaohsiung untuk percutian yang berbeza. Selain melawat ke Muzim Kereta Api Takao, mendapatkan inspirasi di Kawasan Seni Boer, mengagumi mural di Desa Weiwu Mimi, anda boleh minum kopi sambil melihat kapal terbang di Kafe Old Daddy. Untuk penginapan yang berdekatan, anda boleh mempertimbangkan Hostel Paperplane (NT$2,000/RM288) yang merupakan pilihan untuk pelancong backpack dan percutian dengan rakan-rakan.

Rujukan: https://www.taiwanstay.net.tw/room/73

Photo credit: pphostel.tw

Photo credit: yuching330

Meneroka Budaya di Keelung

Zhengbin merupakan pelabuhan nelayan terbesar di Taiwan pada dahulu kala. Namun, Zhengbin berubah menjadi periuk budaya setelah penjajahan Jepun. Tapak Membina Kapal Agenna, rumah berwarna-warni, Taman Chaojing, mi loh shi fun, ikan gulung yang dipanggang di atas arang, dan pelbagai kafe serta hotel kontemporari (seperti Penginapan Spangle, dari NT$1,600/RM230) merupakan tarikan-tarikan yang mesti anda kunjungi.

Rujukan: https://www.taiwanstay.net.tw/room/22657