Tempat-tempat menarik untuk menikmati pemandangan musim luruh di Taiwan

Taiwan, sebuah pulau indah dengan musim mekar yang menakjubkan sepanjang tahun. Dengan perubahan musim, Taiwan mempamerkan pemandangan daun pokok mapel yang mengagumkan pada musim luruh. Musim luruh bermula sedikit lewat di Taiwan, iaitu antara Oktober hingga Disember, memberikan pemandangan pokok-pokok mapel yang cantik di negara tersebut. Jom lihat tempat-tempat yang sesuai untuk menikmati pemandangan musim luruh di Taiwan!

1. Taipei Aowanda

Taipei Aowanda terletak di Yangmingshan, tempat yang terkenal untuk menikmati keindahan pokok-pokok mapel di bahagian utara Taiwan. Spesies pokok mapel di sana cukup istimewa kerana turut mengeluarkan daun pada hujung Mac sehingga Mei selain musim luruh! Tidakkah anda terasa takjub untuk melihat daun-daun mapel pada musim bunga? Di samping itu, bangunan ala-Eropah yang penuh dengan daun-daun mapel di kawasan sekitarnya juga sungguh cantik. Jangan terlepas peluang untuk menikmati musim luruh di taman ala-Eporah ini!

Tiket kemasukan:

  • Hari biasa: NT$200 dewasa, NT$100 kanak-kanak (6-12 tahun)
  • Musim mapel antara Mac hingga Mei: NT$250 dewasa, NT$100 (kanak-kanak 6-12 tahun)
    [Boleh digunakan sebagai diskaun ketika berbelanja]

Alamat: No. 19, Lane 10, Pingjing Street, Shilin District, Taipei City, 111

Waktu operasi: 10:00 – 18:00 hari bekerja, 09:00 – 19:00 hujung minggu

Cara untuk sampai: Naik metro dan turun di Stesen Shilin, kemudian naik bas 303 untuk pergi ke Stesen Xiaguoxi.

2. Empangan Shimen

Empangan Shimen ialah kawasan beraltitud rendah yang terkenal di bahagian utara Taiwan untuk menikmati keindahan pokok-pokok mapel. Terdapat kira-kira 3,000 pohon pokok mapel di seluruh kawasan Empangan Shimen. Empangan tersebut dikelilingi gunung-ganang yang menjadikannya tempat menarik untuk menikmati keindahan pokok-pokok mapel. Selain itu, Jalan Lama Sankeng yang berdekatan Empangan Shimen merupakan tempat paling menarik untuk mencuba masakan tempatan.

Tiket kemasukan: Percuma

Alamat: No. 1, Section 2, Huanhu Road, Daxi District, Taoyuan City, Taiwan 335

Waktu operasi: 08:00 – 18:00 setiap hari

Cara untuk sampai: Naik Bas Hsinchu di hadapan Stesen Wanhua, Taipei untuk terus sampai di sana.

3. Ladang Wuling

Ladang Wuling di Taichung ialah destinasi percutian bagi banyak orang Taiwan. Antaranya, musim sakura yang terkenal dapat menarik sejumlah besar pelancong dari seluruh dunia. Namun semasa musim luruh, daun pokok mapel yang kemerah-merahan warnanya tetap menakjubkan. Selain pokok mapel, anda juga dapat melihat pokok ginkgo dan pokok larch. Ladang Wuling turut menyediakan penginapan dan tapak perkhemahan untuk anda bersantai sambil menikmati keindahan pokok-pokok mapel!

Tiket kemasukan:

  • Hari bekerja: NT$130 dewasa, NT$80 kanak-kanak
  • Hari minggu & cuti: NT$160 dewasa, NT$80 kanak-kanak

Alamat: No.3-1, Wuling Rd., Heping Dist., Taichung City 424

Waktu operasi: Dibuka selalu

Cara untuk sampai: Naik Bas Persiaran Guoguang atau Bas Persiaran Fengyuan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi syarikat bas persiaran berkenaan.

4. Ladang Qingjing

Tentu sekali anda juga akan dapat melihat daun-daun pokok mapel di Ladang Qingjing yang terkenal! Biasanya, bulan Disember ialah waktu yang paling sesuai untuk berkunjung ke sana kerana daun-daun mapel akan menjadi lebih merah. Dengan memerhati keindahan seluruh Ladang Qingjing dari tempat yang lebih tinggi, anda akan dapat melihat daun-daun pokok mapel indah yang menghiasi kawasan sekeliling seolah-olah anda sedang berada di Eropah! Di samping itu, Ladang Qingjing juga ialah tempat yang paling sesuai untuk berinteraksi dengan biri-biri. Ayuh aturkan percutian ke sini!

Tiket kemasukan:

  • Hari bekerja: NT$160 dewasa, NT$120 kanak-kanak
  • Hari minggu & cuti: NT$200 dewasa, NT$120 kanak-kanak

Alamat: No, 170. Renhe Rd., Ren’ai Township, Nantou Country 546

Waktu operasi: 08:00 – 17:00 setiap hari

Cara untuk sampai: Naik Bas Nantou (Taichung – Puli) di platform 3 dari pintu keluar 5 untuk menuju ke stesen-stesen di Ladang Qingjing.

5. Kawasan Rekreasi Hutan Nasional Alishan

Apabila berbicara tentang Taiwan, kawasan pemandangan yang terkenal tentunya ialah Kawasan Pemandangan Nasional Alishan. Bukan itu sahaja, pemandangan musim luruh di sini jauh lebih unik. Tidak kira sama ada daun-daun bertukar warna daripada kuring kepada merah ataupun daun-daun pokok mapel berguguran pada musim luruh, Gunung Alishan tetap merupakan tempat yang indah untuk melihat pokok-pokok mapel. Antaranya, Stesen Zhushan, Tokong Ciyun, Hotel Alishan dan Denai Gaoyue ialah tempat-tempat menikmati keindahan pokok-pokok mapel yang wajar diterokai!

Tiket kemasukan:

  • NT$300 dewasa, NT$150 kanak-kanak (7-12 tahun)

Alamat: No. 17, Neighborhood 2, Alishan Township, Chiayi County, Taiwan 605

Waktu operasi: Dibuka selalu

Cara untuk sampai: Naik kereta api berkelajuan tinggi ke Stesen Chiayi, keluar dari pintu No. 2, kemudian naik bas ekspres BRT ke Stesen Kereta Api Chiayi, lalu naik bas persiaran ulang-alik Taiwan Tourist Shuttle ke kaki Gunung Alishan.

6. Kampung Daun Mapel

Semasa penjajahan Jepun, orang Jepun telah menanam pokok-pokok mapel di sekitar daerah ini sehingga mewujudkan “Kampung Daun Mapel”. Pada musim luruh, daun-daun mapel yang berwarna merah kejinggaan akan melitupi seluruh kampung itu, menjadikan suasana lebih romantik. Selain itu, kampung tersebut juga terkenal dengan mata air panas. Semasa cuaca sejuk pada hujung tahun, inilah destinasi yang sempurna untuk menikmati musim luruh dan mata air panas!

Tiket kemasukan: Percuma

Alamat: 120 Honggu Road, Yanping Township, Taitung County, Taiwan 953

Waktu operasi: Dibuka selalu

Cara untuk sampai: Dicadangkan agar menyewa kereta untuk terus menuju ke sana.