Terdapat 368 buah bandar di Taiwan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Sejak tahun 2017, Biro Pelancongan Taiwan telah berdedikasi untuk mempromosikan ekopelancongan. Usahanya diakui secara meluas oleh media pelancongan antarabangsa. Biro ini bekerjasama dengan Black Buddha, iaitu syarikat produksi di Amerika Syarikat untuk membuat video promosi “Taiwan – Destinasi Pelancongan Solo yang Sempurna untuk Budaya & Bandar Kecil”. Pada 16 November, siri ini dianugerahkan Anugerah Magellan Emas “Asia – Destinasi Menyeluruh – Seni Budaya”. Biro ini memenangi anugerah perak berturut-turut pada tahun 2018 dan tahun 2019 dalam kategori “Asia – Destinasi Pengembaraan” dan “Asia – Destinasi Menyeluruh – Destinasi ‘Hijau’ Mesra Alam”. Ini merupakan anugerah Emas pertama bagi biro ini yang mempromosikan seni & budaya Taiwan.

 

Pejabat Biro Pelancongan Taiwan di Los Angeles telah lama beroperasi di pasaran pelancongan A.S. Pengarah Brad Shih berkata, “Dengan pandemik global yang belum dijinakkan, tabiat pelancongan pasaran A.S telah berubah dan tertumpu pada pelancongan kumpulan kecil dengan penjarakan sosial dan ini akan menjadi trend pelancongan masa depan. Video promosi ini dibuat pada akhir tahun 2019 yang menyasarkan generasi Milenium dan generasi Z. Berdasarkan tabiat pelancongan mereka dan pelancong wanita solo, persekitaran Taiwan yang selamat telah ditonjolkan. Kami mempromosikan budaya mendalam dan tempatan kepada pelancong global sebagai konsep pemasaran. Ibu kota seramik Taiwan, daerah Yingge dan Sanxia ialah destinasi tumpuan dalam cerita industri dan ciri tempatan untuk memperkukuh imej Taiwan sebagai destinasi budaya dan ekopelancongan.”

 

Ketua Pengarah Biro Pelancongan Taiwan, Shi-Chung Chang juga berkata, pelancongan antarabangsa terjejas pada masa kini. Dia yakin bahawa kebanyakan pengguna berharap sekatan sempadan dibatalkan dalam masa terdekat. Biro ini meramalkan bahawa Taiwan akan menjadi pilihan destinasi antarabangsa yang pertama setelah perbatasannya dibuka. Hal ini kerana hasil pencegahan dan kawalan pandemik Taiwan yang luar biasa. Sementara itu, negara ini akan sentiasa bersiap sedia untuk menyambut kepulangan pelancong antarabangsa dan terus berkongsi video promosi Taiwan yang berinspirasi.

 

*Travel Weekly ialah media berita B2B dan laman web yang paling berpengaruh dalam industri pelancongan A.S. Anugerah Magellan dianugerahkan kepada mereka yang terbaik dalam industri, merangkumi hotel dan resort, destinasi pelancongan, kapal persiaran, perkhidmatan pelancongan dalam talian, syarikat penerbangan, lapangan terbang, agensi pelancongan dan lain-lain.

 

**Pemenang Anugerah Magellan 2020: https://www.travelweeklyawards.com/winners/

*** Video “Taiwan – Destinasi Pelancongan Solo yang Sempurna untuk Budaya & Bandar Kecil” untuk dimuat turun

Pelancongan Solo ke Bandar Kecil Taiwan (versi 60 saat yang dihantar untuk pertandingan): https://www.facebook.com/watch/?v=2482320462048757

Pelancongan Solo ke Metropolitan Taiwan (versi 30 saat untuk tontonan dalam talian): https://www.facebook.com/watch/?v=630397271018544