Panduan MICHELIN Taipei & Taichung 2020: Pemilihan Restoran Cemerlang Pertama di Taichung dan Empat Restoran Berbintang Baru di Taipei, Termasuk Sebuah Restoran 2 Bintang yang Baru

Michelin mengumumkan senarai lengkap restoran cemerlang dalam Panduan MICHELIN Taipei & Taichung edisi 2020. Sebanyak 170 buah restoran di Taipei dan 56 buah restoran di Taichung ditonjolkan dalam pemilihan tahunan terkini.

Sebuah Restoran 2 Bintang dan 3 Buah Restoran 1 Bintang yang baru di Taipei

Empat buah restoran di Taipei mendapat pengiktirafan bintang baru pada tahun ini. Logy, diiktiraf 1 bintang MICHELIN untuk pertama kalinya tahun lepas, kini dinaikkan taraf menjadi 2 bintang dalam pemilihan 2020. Logy Taipei merupakan anak syarikat dari Florilège yang terkenal di Tokyo dan dibuka pada tahun 2018. Restoran ini diketuai oleh cef Jepun, Ryogo Tahara dan mempunyai 13 tempat duduk. Beliau mahir meningkatkan cita rasa bahan-bahan tempatan dengan teknik moden dan ciri Asian yang ketara.

Berikutan dengan kenaikan taraf Logy, restoran 2 bintang MICHELIN di Taipei kesemuanya menjadi enam, termasuk RAW, Shoun Ryugin, Sushi Amamoto, Taïrroir dan The Guest House, yang semuannya mengekalkan kecemerlangan 2 bintang.

Restoran stik A Cut, terletak di tingkat bawah Hotel Ambassador Taipei, telah dinaikkan tarafnya daripada cadangan MICHELIN Plate kepada 1 bintang pada tahun ini. Para pengunjung boleh menyaksikan bagaimana potongan daging lembu premium dari Amerika Syarikat dan Australia disediakan dalam dapur terbuka. Dapur tersebut bersebelahan dengan sebuah bar berhiasan moden lagi mewah yang dikelilingi oleh dinding kabinet wain.

Dua buah lagi restoran di Taipei telah dianugerahkan 1 bintang. Molino de Urdániz, yang terletak di Hotel MVSA, merupakan cawangan luar negara pertama bagi restoran 2 bintang El Molino de Urdániz di Sepanyol. Kedua-dua orang ketua cef dilatih di restoran induk Sepanyol dan menawarkan menu 12 hidangan yang mengandungi ramuan daratan dan lautan. Pengunjung berpeluang merasai lawatan kulinari ini. Restoran 1 bintang baru yang lain ialah Sushi Akira di Daerah Zhongshan, yang dikendalikan oleh seorang cef yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun. Tempat ini diubah suai pada tahun 2018, tetapi yang tetap konsisten ialah standard cef yang menyajikan sushi Edomae dengan ikan berkualiti tinggi. Dengan tambahan baru ini, terdapat 19 buah restoran 1 bintang MICHELIN di Taipei.

Restoran Kantonis Le Palais mengekalkan kecemerlangannya pada 3 bintang dan kini merupakan satu-satunya restoran bertaraf 3 bintang MiCHELIN di Taiwan. Secara keseluruhan, Panduan MICHELIN Taipei & Taichung edisi 2020 menyenaraikan 26 buah restoran berbintang MICHELIN di Taipei.

Selain empat buah restoran yang baru berbintang MICHELIN, terdapat 18 buah restoran di Taipei yang baru memasuki pemilihan MICHELIN Plate. Restoran-restoran ini terdiri daripada pelbagai jenis masakan, daripada kontemporari Eropah (Anima, The Tavernist, Ulv dan Yoru), Thai (Baan), Asia Tenggara (Chope Chope Eatery), kontemporari Perancis (Mirawan dan Paris 1930 de Hideki Takayama), Itali (Pasti Trattoria), Shanghai (Shen Pu Shang Yen), Jepun (Sushiyoshi) kepada inovatif (Chateau Zoe); serta gaya yang berbeza termasuk teppanyaki (Iron Chef Teppanyaki, The Ukai dan Zan), barbeku (Vanne Yakiniku) dan sushi (Sushi Masuda dan Sushi Wou) – telah menekankan pentingnya Taipei sebagai pusat gastronomi yang menarik dan dinamik dengan menghimpunkan bakat masakan dari seluruh dunia.

Sebanyak 11 tempat makanan jalanan di pasar malam ikonik Taipei seperti Raohe, Ningxia, Jalan Linjiang dan Jingmei juga ditonjolkan dalam pemilihan MICHELIN Plate tahun ini.

Panduan MICHELIN Taipei & Taichung 2020 yang disiarkan pada dua minggu yang lalu juga menonjolkan 54 buah restoran Bib Gourmand di Taipei. Para pengunjung dapat menikmati masakan tiga hidangan berkuati tinggi pada harga yang kurang dari 1,000 dolar Taiwan (tidak termasuk minuman).

Sebuah Restoran 2 Bintang dan 3 Buah Restoran 1 Bintang yang Baru dalam Pemilihan Taichung

Pegawai Panduan MICHELIN telah mengiktiraf empat buah restoran di Taichung dengan bintang MICHELIN dalam memperluas pilihan mereka ke Taichung untuk pertama kali ini. “Pegawai kami benar-benar tertarik dengan standard tinggi dan suasana gourmet bidang kulinari Taichung. Mereka menemui lebih daripada 56 buah restoran yang berbintang MICHELIN, termasuk sebuah restoran 2 bintang dan tiga buah restoran 1 bintang. Semuanya menggambarkan daya tarikan gastronomi bandar ini,” kata Gwendal Poullennec.

JL Studio yang diketuai oleh cef Singapura, Jimmy Lim terus mengambil tempat dalam Panduan MICHELIN dengan 2 bintang. Masakan Jimmy Lim mendapat pengiktirafan di restoran global terkenal. Dalam menu cita rasanya, beliau menggubah semula masakan Singapura yang ikonik seperti nasi ayam Hainan atau sate dan ketam cili dengan teknik Perancis yang matang.

Tiga buah restoran telah dianugerahkan 1 bintang, iaitu Fluer de Sel, Forchetta dan Oretachi No Nikyta. Ketua cef wanita Fluer de Sel, Justine Li bekerja di Perancis dan Itali selama 30 tahun sebelum melancarkan restoran sendiri di Taichung. Beliau melaksanakan menu yang aneh tetapi sebenarnya menggunakan bahan tempatan yang berubah harian. Di Forchetta, ketua cef, Max Tseng yang pernah menjalani latihan doktor haiwan meluahkan minatnya pada makanan dan berkebun dengan melalui ciptaan Timur dan Barat yang dihasilkan hampir sepenuhnya daripada hasil tempatan. Pakar barbeku Wagyu, Oretachi No Nikuya, yang bermakna “rumah daging kami” dalam bahasa Jepun, membekalkan daging lembu Hida yang pernah diberikan anugerah dan daging lembu ternakan langka seperti daging lembu Kobe dari Hyogo, daging lembu Olive dari Kagawa, serta menu sulit yang hanya diketahui golongan tertentu sahaja.

Sam Chung, pemilik dan juga cef Oretachi No Nikuya, juga dianugerahkan Anugerah Cef Muda MICHELIN tahun ini. Anugerah ini diberikan kepada cef yang berumur 36 tahun ke bawah dan bekerja di salah satu restoran berbintang MICHELIN dalam pemilihan tahunan. Pegawai Panduan MICHELIN memuji cef yang berusia 30 tahun ini kerana bakatnya dalam ramuan, teknik mahir, dan interaksi peribadi dengan pengunjung telah menjadikan pengalaman menjamu selera lebih menyenangkan dan menyeronokkan.

Selain restoran berbintang MICHELIN, 31 buah restoran di Taichung juga diiktiraf MICHELIN Plate kerana prestasi yang cemerlang. Restoran-restoran ini menyajikan makanan Taiwan, Kanton, Thai atau Perancis yang termasuk barbeku, makanan laut, pasta dan sushi. 21 buah restoran lain juga dianugerahkan Bib Gourmand di Taichung.

Secara keseluruhan, pemilihan Panduan MICHELIN Taipei & Taichung 2020 merangkumi:

Taipei

Sebuah restoran yang 3 bintang MICHELIN

Enam buah restoran yang 2 bintang MICHELIN (termasuk sebuah yang dinaikkan taraf)

19 buah restoran yang 1 bintang MICHELIN (termasuk tiga buah yang baru dilantik atau dinaikkan taraf)

54 buah restoran Bib Gourmand (termasuk tujuh buah restoran yang diluluskan semula atau baru dilantik)

79 buah restoran MICHELIN Plate (termasuk 18 buah restoran yang baru dilantik)

11 buah gerai makanan jalanan MICHELIN Plate

Taichung

Sebuah restoran yang 2 bintang MICHELIN

Tiga buah restoran yang 1 bintang MICHELIN

21 restoran Bib Gourmand

31 buah restoran MICHELIN Plate

Untuk senarai lengkap Panduan MICHELIN Taipei & Taichung 2020 dan berita Panduan MICHELIN terkini, ikuti saluran rasmi Panduan Michelin seperti di bawah:

Laman Web Rasmi Panduan MICHELIN Taiwan: https://guide.michelin.com/tw/zh_TW

Laman Facebook Rasmi Panduan MICHELIN Taiwan: https://www.facebook.com/MichelinGuideTaiwan/

Saluran Youtube Panduan MICHELIN Asia: https://www.youtube.com/MICHELINGuideAsia/

#PANDUANMICHELINTW #BINTANGMICHELIN20