Selaras dengan langkah pencegahan wabak, Taiwan melarang industri pelancongan untuk menganjurkan rombongan bagi pelancong Taiwan melawat ke luar negara mahupun pelancong asing yang melawat ke Taiwan.

Jumlah kumulatif kes postif Covid-19 di Taiwan meningkat berterusan baru-baru ini dan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia telah melebihi 1.3 juta. Setelah meninjau keadaan semasa dan menimbang perkembangan wabak, Biro Pelancongan, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi mengambil langkah yang sejajar dengan Pusat Kawalan Epidemik Taiwan untuk mencegah penularan wabak. Selaras dengan itu, industri pelancongan dilarang daripada menganjurkan rombongan ke luar negara ataupun menyambut kumpulan pelancong yang datang ke Taiwan. Larangan ini dilaksanakan sehingga 31 Mei.