Pasar Malam Ruifeng

Pasar Malam Ruifeng ialah pasar malam terbesar dan pelbagai di Kaoshiung dengan hampir 1,000 buah gerai. Barang-barang yang dijual di pasar ini beraneka termasuklah makanan jalanan, fesyen, alat permainan dan permainan karnival. Daripada warung pinggir jalan kepada mempunyai ruang sendiri di pasar sekarang, banyak gerai telah bertapak di sini lebih daripada dua dekad.

Waktu operasi: 6.00pm – 1.00am (Tutup pada hari Isnin dan Rabu)

Pengangkutan: Naik HSR ke Stesen Zuoying atau naik Kereta Api Taiwan ke Stesen Kaohsiung, kemudian naik MRT Kaohsiung ke Stesen Arena Kaohsiung.