Pasar Malam Dongdamen

Pasar Malam Dongdamen merupakan pasar malam terbesar di Pantai Timur Taiwan yang terletak di bandar Hualien. Tanah pasar ini dimiliki oleh Stesen Kereta Api Hualien pada waktu dahulu.

Dengan lebih daripada 400 buah gerai, pasar ini bukan sahaja menawarkan makanan Taiwan, tetapi juga makanan dari seluruh dunia. Sementara mencari makanan, anda akan menemui penghibur-penghibur seperti penyanyi, ahli muzik dan penari yang menghiburkan orang ramai manakala para pelawat menikmati makanan mereka.

Waktu operasi: 6.00pm – 12.00am
Transportation:
Dengan berjalan kaki: Mengambil masa 30 – 35 minit untuk berjalan kaki dari Stesen Kereta Api Hualien ke Pasar Malam Dongdamen. Jalan terus ke Jalan Zhongshan sehingga sampai ke pasar malam tersebut.
Dengan teksi: Naik teksi mengambil masa selama 10 minit dari Stesen Kereta Api Hualien ke Pasar Malam Dongdamen.