Pasar Malam Raohe St.

Salah satu pasar malam yang popular di bandar Taipei ialah Raohe St. Night Market. Kelihatan ramai pengunjung membanjiri di sepanjang pasar malam ini samada untuk membeli belah mahupun makan lewat malam.

Pelbagai makanan dihidangkan kepada pengunjung termasuklah snek tempatan, ais kacang buah-buahan, mi sup daging, minuman herba dan banyak lagi. Malah, para pengunjung juga boleh saling tawar-menawar dengan penjual bagi mendapatkan harga yang lebih murah jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak.

Masa berniaga:  5.00 petang ? 12.00 tengah malam

Pengangkutan:  Stesen utama Taipei (Aliran Tamsui-Xinyi) ? Stesen Zhongshan (Aliran Shongshan-Xindian) ? Stesen Shongshan
jalan menerusi Bade Road ke Raohe St. Night Market

Stesen utama Taipei (Aliran Bannan) ? Stesen Houshanpi (Exit no 1) jalan 15 minit ke Yongji Rd sampai ke persimpangan jalan Yongji Rd dan Songshan Rd. Terus jalan selama 10 minit menerusi jalan Songshan Rd hingga ke stesen MRT Songshan dan anda akan nampak Raohe St. Night Market.