Pengenalan Pasar Malam

Menurut hasil kaji selidik, para pelancong ke Taiwan sentiasa  bercerita tentang makanan sebagai tarikan utama, di mana pasar-pasar malam sering disebut-sebut. Penduduk tempatan juga merasakan sedemikan. Pasar malam tradisional telah berkurun lamanya menjadi hiburan waktu malam yang sangat digemari. Hampir kesemua pasar malam menjual makanan tradisi Taiwan yang murah. Terdapat juga gerai-gerai permainan dan penjual-penjual yang berniaga bermacam barangan daripada kasut hingga mainan kanak-kanak. Pasar Malam Shilin di Taipei merupakan pasar malam nombor satu yang terkenal dan terbesar di Taiwan. Pasar Malam Jalan Raohe dan Pasar Malam Jalan Huaxi juga popular di kalangan para pelancong. Makanan tersohor yang mesti dinikmati ialah telur goreng tiram, tauhu busuk dan sotong  panggang.