Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur Laut terletak di sudut timur laut Taiwan, memanjang sejauh 102.5 kilometer dari Perbandaran Nanya di Kota Baru Taipei sehingga ke selatan tanjung Pantai Neibi di Perbandaran Su-ao. Ia merangkumi kawasan seluas 17,421 hektar termasuk tanah dan laut.
Kawasan pemandangan indah ini terkenal untuk tanjungnya yang banyak dan teluk-teluk yang berlatarbelakangkan pergunungan hijau. Tarikan-tarikannya termasuk pembentukan batu-batan yang menakjubkan, bentuk muka bumi yang dihakis laut yang unik, pantai-pantai dengan pasir halus berwarna keemasan, kepelbagaian hidupan marin, dan satu warisan budaya yang tidak tercemar. Ia merupakan satu destinasi pelancongan pelbagai guna yang menyediakan fungsi berganda sebagai sebuah bilik darjah semulajadi menakjubkan dan sebuah padang permainan pantai yang mempesonakan. Biro Pelancongan telah menubuhkan Pentadbiran Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur Laut dalam tahun 1984, membawa bersamanya pembangunan dan pengurusan sumber-sumber pelancongan kawasan itu dan juga pemuliharaan persekitarannya. Selain daripada membangunkan kawasan-kawasan dengan kecantikan pemandangan yang amat hebat sebagai produk pelancongan, Biro Pelancongan juga telah menubuhkan Taman Negara di sini, kedua-duanya di atas daratan dan di laut, demi untuk melestarikan selama-lamanya kelangsungan daya hidup ekologi Pantai Timur Laut.
Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Pantai Timur Laut, yang bermula dari Juifang ke selatan sehingga Beigangkou di Daerah Yilan, amat terkenal untuk kecantikan semulajadinya: terumbu, sungai, sawah padi berteres, bukit-bukau hijau, rumah api, dan dua daripada pantai terbaik Taiwan. Peluang-peluang rekreasi termasuk berkhemah, mendaki gunung, hiking sepanjang satu laluan pejalan kaki berusia 200-tahun, dan sukan air, seperti berenang, kapal layar, layar udara, ski jet, menaiki bot, snorkeling dan penyelaman skuba