Gunung hebat ini diberi nama Gunung Shihtou atau Gunung Kepala Singa kerana bahagian utaranya menyerupai satu kepala singa. Ia adalah setinggi 496 meter dan merupakan sebahagian daripada kaki Gunung Luchang. Tumbuh-tumbuhannya yang amat lebat, pokok-pokok tua, dan tokong-tokong lama menjadikan Gunung Kepala Singa sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan menyeronokkan. Tokong tertua adalah Tokong ShryandungYuanguang yang dibina dalam tahun 1894. Ia adalah satu destinasi popular untuk penganut agama yang juga turut boleh menikmati cuaca musim sejuk yang sederhana dan musim panas yang nyaman di kawasan ini.
Sejak era Dinasti Cing akhir, tokong-tokong dan gua-gua di Gunung Kepala Singa dan Gunung Wujhih telah menjadi begitu terkenal sehingga mereka disenaraikan sebagai antara 12 kawasan pemandangan indah yang paling menawan di Taiwan. Kawasan pemandangan indah ini merangkumi perbandaran Beipu, Emei, dan Jhudong di Daerah Hsinchu dan bandar Sanwan dan Nanjhuang di Daerah Miaoli. Terletak antara sistem Lebuhraya Wilayah No. 3 dan sistem Taman Negara Shei-Pa, rantau ini meliputi kawasan seluas 24,221 hektar dan adalah kaya dengan (mata air sejuk, hutan dan tasik) dan sumber-sumber ekologi semulajadi di samping tarikan-tarikan kebudayaan yang tersohor, termasuk tokong-tokong dan artifak-artifak bersejarah orang-orang Hakka dan orang asli (suku Atayal dan Saisiat). Sejak penubuhannya dalam tahun 2001, Pentadbiran Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Tiga Gunung telah berusaha untuk membangunkan satu kawasan pelancongan berkualiti tinggi yang memfokus terhadap keaslian tempatan, pendidikan, ekologi, dan kelestariannya. Beberapa acara promosi untuk pembangunan pelancongan yang dijalankan sehingga kini termasuk jelajah gaya hidup dan sejarah; penerokaan budaya tradisional orang-orang Hakka; pengungkapan misteri Suku Saisiat; Korban Roh-roh Pendek; siri jelajah ekologi sungai; siri jelajah habitat semulajadi serangga; dan siri jelajah perlombongan dan industri-industri unik.

Laman Web