Maklumat Pengangkutan
Pengenalan
- Keretapi Laju Taiwan telah membuatkan sistem pengangkutan awam Taiwan lebih menyenangkan, kerana ia menjadikan kota dan bandar lebih dekat antara satu sama lain.
- Pada hari ini, penumpang boleh mengembara antara Taipei dan Kaohsiung dalam satu hari. Di sepanjang “Koridor Barat” Taiwan terdapat 12 buah stesen THSR: Nangang, Taipei, Banqiao, Taoyuan, Hsinchu, Miaoli, Taichung, Changhua, Yunlin, Chiayi, Tainan dan Zhuoying.
- Ia bergerak di sepanjang stesen koridor itu pada kelajuan tertinggi sebanyak 300km sejam, THSR menawarkan satu perjalanan yang benar-benar menyenangkan.

Keretapi THSR Anggun

Kelas Bisnes HSR
Rapid Transit Systems
- Jika anda meluangkan masa di Taipei atau Kaohsiung, anda tentu berpeluang menaiki tren transit aliran ringan.
- Sistem di Taipei amat meluas dengan 89 buah stesen. Kebanyakan rangkaian tren berada di bawah tanah. Semua peta, papan tanda dan mesin layandiri untuk tiket, ditulis dalam bahasa Cina dan Inggeris.
- Tiket berupa token plastik boleh guna semula. Jika anda ingin tinggal lebih lama di Taipei, disarankan membeli kad pra-bayar EasyCard. Anda boleh gunakan untuk membayar tambang bas dan teksi serta untuk perjalanan dalam tren transit aliran ringan.
Maklumat Tiket Pengangkutan
Harga tiket dan Banyak Lagi
- THSR menawarkan tiga jenis tiket : kelas bisnes, standard dan bukan rezab. Kedua-dua pemegang tiket kelas bisnes dan standard akan mempunyai tempat duduk yang direzabkan.
- Mereka yang mempunyai tempat duduk bukan rezab boleh memilih sebarang tempat duduk yang ada di gerabak bukan rezab pada tarikh perjalanan.
- Diskaun untuk pelanggan awal ada diberikan, dan begitu juga untuk tiket-tiket perjalanan berulangkali, warga emas dan kanak-kanak. Setiap jenis tiket dijual pada harga yang agak berbeza.
- Sila ambil perhatian kepada tempoh tarikh di mana anda mesti mencetak tiket anda. Tempahan awal mesti dibayar dalam tempoh tiga hari.
Bagaimana Mengambil Keretapi THSR
Easycard (MRT Card)
- Easycard adalah tiket dengan sistem IC untuk metro, bus dan tempat parkir. Ketika penumpang melewati pintu masuk, Easycard akan terbaca melalui sensor dan biaya perjalanan akan dipotong saat keluar dari area MRT.
- Datangi salah satu toko serba ada yang bertanda “kad mudah” maka anda dapat melakukan pengisian ulang. Jumlah setiap kali pengisi adalah NT$500 atau lebih.
- Kad ini dapat diisi ulang dengan wang tunai atau kad kredit melalui mesin pengisian ulang yang tersedia di stesen MRT. Jumlah setiap kali pengisian adalah NT$100 atau lebih.

Easycard (MRT Card)
Maklumat Lain
Penukaran dari lapangan kapal terbang Taoyuan ke Bandar Taipei
- Naik bas ulang alik daripada lapangan kapal terbang ke THSR di stesen Taoyuan.
- Tiket dibeli di kaunter perkhidmatan UBUS yang terletak di Dewan Ketibaan Terminal 1 dan 2 dengan harga NT$30.
- Taoyuan THSR ke stesen utama Taipei berharga NT$175 mengikut nombor tempat duduk. Naik keretapi ke utara, stesen terakhir adalah Taipei.
Perkhidmatan Pelanggan THRS
Panggilan Antarabangsa: +886-2-4066-3000 | Tempatan: 4066-3000
Kawasan Miaoli: 4266-3000
Kawasan Taitung dan Kinmen: 4666-3000
Kawasan Matsu dan telefon mudahalih: +886-2-4066-3000 (Nota: Panggilan adalah bukan bebas tol.)