Pengangkutan

Pengangkutan di Taiwan adalah selamat, cekap dan sistematik. Jika menaiki mana-mana bas atau kereta api, jangan hilangkan tiket anda. Ini kerana anda perlu tunjukkan tiket itu apabila sampai ke destinasi yang ditujui. Anda juga boleh menaiki penerbangan domestik apabila pergi ke kawasan timur atau pulau-pulau di luar pesisir.

 

Landasan Kelajuan Tinggi

Kereta api di landasan kelajuan tinggi (HSR, http://www.thsrc.com.tw/index_en.html ) memecut pantas antara Taipei Main Station dengan Zuoying, 345 kilometer ke arah selatan di Kaohsiung. Semua kereta api berhenti di Banqiao dan Taichung. Banyak juga kereta api yang berhenti di Taoyuan, Hsinchu, Tainan dan Chiayi.

Taiwan Railways Administration

Kereta api konvensional diuruskan oleh Taiwan Railways Administration (TRA, www.railway.gov.tw/en). Perkhidmatan kereta api disediakan di kota-kota besar dan bandar-bandar kecil di persisiran barat dan timur. Harga tiket bergantung kepada jarak dan jenis kereta api. Keretapi ekspres Tzu-chiang ialah yang paling laju dan mahal. TRA merentasi kawasan pemandangan indah di Pingxi Line berhampiran Taipei dan Jiji Line di tengah Taiwan yang menyajikan panorama memukau.

Rapid Transit Systems

Jika anda meluangkan masa di Taipei atau Kaohsiung, anda tentu berpeluang menaiki tren transit aliran ringan (english.metro.taipei and www.krtco.com.tw/en). Sistem di Taipei amat meluas dengan 89 buah stesen. Kebanyakan rangkaian tren berada di bawah tanah. Semua peta, papan tanda dan mesin layan diri untuk tiket, ditulis dalam bahasa Cina dan Inggeris. Tiket berupa token plastik boleh guna semula. Jika anda ingin tinggal lebih lama di Taipei, disarankan membeli kad pra-bayar EasyCard. Anda boleh gunakan untuk membayar tambang bas dan teksi serta untuk perjalanan dalam tren transit aliran ringan.

*
click to see more details

 

Maklumat Pengangkutan

Keretapi Laju Taiwan telah membuatkan sistem pengangkutan awam Taiwan lebih menyenangkan, kerana ia menjadikan kota dan bandar lebih dekat antara satu sama lain. Pada hari ini, penumpang boleh mengembara antara Taipei dan Kaohsiung dalam satu hari.  Di sepanjang “Koridor Barat” Taiwan terdapat 12 buah stesen THSR : Nangang, Taipei, Banqiao, Taoyuan, Hsinchu, Miaoli, Taichung, Changhua, Yunlin, Chiayi, Tainan dan Zhuoying.  Dengan bergerak di sepanjang stesen koridor itu pada kelajuan tertinggi sebanyak 300km sejam, THSR menawarkan satu perjalanan yang benar-benar menyenangkan.

Keretapi THSR Anggun
Kelas Bisnes HSR

 

Perkhidmatan Pelanggan THRS:

Panggilan Antarabangsa: +886-2-4066-3000 │ Tempatan: 4066-3000

Kawasan Miaoli : 4266-3000 

Kawasan Taitung dan Kinmen : 4666-3000 

Kawasan Matsu dan telefon mudahalih: +886-2-4066-3000 (Nota: Panggilan adalah bukan bebas tol.)

 

Pembelian Tiket 

Terdapat beberapa cara untuk membeli tiket THSR samada pada hari perjalanan atau pada satu tarikh masa hadapan, seperti di kaunter tiket atau di mesin vending tiket. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau dengan kad kredit. Pelanggan juga boleh  membeli tiket atau mencetak tiket yang dipesan awal di kebanyakan kedai serbaneka di Taiwan. Sila gunakan mesin multi-media di kedai serbaneka itu dan ikuti arahan yang ditunjukkan  pada skrin. Dapatkan helaian pesanan anda dan cetak tiket di kaunter itu dalam masa 10 minit, atau jika tidak pesanan itu akan menjadi tidak sah. Sila ambil perhatian bahawa di kedai serbaneka hanya bayaran secara tunai diterima.

Pondok Tiket THSR
Mesin Vending Tiket THSR

 

Harga tiket dan Banyak Lagi

THSR menawarkan tiga jenis tiket : kelas bisnes, standard dan bukan rezab. Kedua-dua pemegang tiket kelas bisnes dan standard akan mempunyai tempat duduk yang direzabkan. Mereka yang mempunyai tempat duduk bukan rezab boleh memilih sebarang tempat duduk yang ada di gerabak bukan rezab pada tarikh  perjalanan.  Diskaun untuk pelanggan awal ada diberikan, dan begitu juga untuk  tiket-tiket perjalanan berulangkali, warga emas dan kanak-kanak. Setiap jenis tiket dijual pada harga yang agak berbeza. Sila ambil perhatian kepada tempoh tarikh di mana anda mesti mencetak tiket anda. Tempahan awal mesti dibayar dalam tempoh tiga hari.

Tiket

 

Bagaimana Mengambil Keretapi THSR 

1. Masukkan tiket dari pintu kanan dan dapatkannya semula setelah anda melaluinya. Pastikan anda melalui pintu itu dari sebelah kiri. Tunggu keretapi itu di kawasan menunggu platform anda. Sila tunjukkan tiket anda apabila konduktor hendak memeriksanya. 

2. Tunggu keretapi itu di kawasan menunggu platform anda. Sila tunjukkan tiket anda apabila konduktor hendak memeriksanya.

3. Semasa meninggalkan stesen itu, masukkan tiket dari sebelah kanan pintu itu. Tiket itu tidak akan dipulangkan pada kali ini.  Jika anda menggunakan satu tiket yang dikeluarkan oleh sebuah kedai serbaneka, sila leretkan kod itu.

 

Selepas memasukkan tiket itu, lalui pintu tiket dari bahagian kiri. Pergi ke platform untuk menunggu keretapi itu.
Tunggu di kawasan menunggu sebelum keretapi tiba.
Semasa meninggalkan stesen itu, masukkan tiket dari bahagian kanan pintu itu. Tiket itu tidak akan dipulangkan pada kali ini.

Operasi Secara Rasmi MRT Lapangan Terbang Taoyuan 

MRT Lapangan Terbang Taoyuan dibuka secara rasmi kepada semua penumpang pada 2 Mac dengan harga tiket yang ditawarkan pada diskaun sebanyak 50 peratus sepanjang tempoh operasi untuk bulan pertama. Keretapi itu akan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 11 malam setiap hari.

Maklumat lebih lanjut: https://www.tymetro.com.tw/tymetro-new/en/index.php

 

Jadual Keretapi

Jadual Keretapi: Jadual Rasmi THSR dan Harga Tiket.

 

Easycard (MRT Card)

Easycard adalah tiket dengan sistem IC untuk metro, bus dan tempat parkir. Ketika penumpang melewati pintu masuk, Easycard akan terbaca melalui sensor dan biaya perjalanan akan dipotong saat keluar dari area MRT.

Pengisian Ulang Manual

Datangi salah satu toko serba ada yang bertanda “kad mudah” maka anda dapat melakukan pengisian ulang. Jumlah setiap kali pengisi adalah NT$500 atau lebih.

Pengisian Ulang dengan Mesin

Kad ini dapat diisi ulang dengan wang tunai atau kad kredit melalui mesin pengisian ulang yang tersedia di stesen MRT. Jumlah setiap kali pengisian adalah NT$100 atau lebih.

Taiwan Tourist Shuttle Service

Perkhidmatan bas pelancongan yang menyenangkan ini mengikut laluan ke stesen kereta api konvensional dan stesen tren transit aliran ringan serta kawasan-kawasan yang menarik minat pelancong. Buat masa ini, ada 21 laluan tetap di sekitar Taiwan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.taiwantrip.com.tw
 
 

Shuttle Pelancong Taiwan

Shuttle Pelancong Taiwan adalah satu perkhidmatan bas awam yang direka khas untuk pelancong di Taiwan.  Dari Keretapi  Taiwan dan stesen-stesen THSR, ia membawa pelawat ke semua  kawasan pemandangan indah utama di negara ini. Untuk mereka yang tidak ingin memandu sendiri untuk jarak yang jauh atau menyertai satu kumpulan lawatan berombongan,  Shuttle Pelancong Taiwan merupakan pilihan terbaik. Ia membantu mengurangkan pembebasan karbon dan oleh itu ia adalah satu cara mesra alam untuk menjelajah satu tempat baru.

Logo
Hentian Bas
Bas Shuttle

 

Hentian bas Shuttle Pelancong Taiwan  termasuk Nanzhuang yang kaya dengan tarikan budaya Hakka, Tasik Sun Moon dengan berlatarkan gunung-ganang dan air yang indah,  Alishan yang dipenuhi dengan aroma teh, dan Hengchun dengan pantai berpasir putih dan deretan pokok-pokok kelapa. Shuttle Pelancong Taiwan mempunyai laluan yang paling langsung yang menghantar pelawat ke destinasi mereka dalam cara yang paling efisien.  Tambangnya tidak mahal, masa menunggu tidak lama, dan hentiannya terletak di lokasi yang menyenangkan.  Jika anda ingin menghayati Taiwan secara mendalam, silalah cuba menaiki Shuttle Pelancong Taiwan dan nikmatilah kecantikan unik negara ini.

Cari maklumat Shuttle Pelancong Taiwan di: http://en.taiwantrip.com.tw

Maklumat Tiket Kombo 

Terdapat pelbagai tiket kombo yang ekonomik untuk dipilih.  Silalah  cuba untuk menggunakan perkhidmatan ini  dan rancang perjalanan anda sendiri sambil bersantai.  Belajar lebih banyak mengenai maklumat tiket kombo (versi Bahasa China sahaja)

Berseronoklah dengan Shuttle Pelancong Taiwan

Apakah cara terbaik untuk menggunakan Shuttle Pelancong Taiwan? Di sini adalah itinenari yang kami syorkan. Malah, terdapat banyak lagi keseronokan menanti anda dengan Shuttle Pelancong Taiwan! Dapatkan lebih banyak maklumat mengenai laluan untuk diambil.

Bas Shuttle Pelancong Taiwan
Bas Shuttle Pelancong Taiwan

 

Penukaran dari lapangan kapal terbang Taoyuan ke Bandar Taipei

Bas

  • Terminal 1: Perkhidmatan bas boleh didapati di aras B1 Dewan Ketibaan
  • Terminal 2: Perkhidmatan bas boleh didapati di arked timur laut aras 1 Dewan Ketibaan.
  • Pembelian tiket bas di kaunter bas.
  • Bas aliran Kuokuang bernombor 1819 untuk ke stesen utama Taipei berharga NT$125.

Taiwan High Speed Rail (THSR)

  • Naik bas ulang alik daripada lapangan kapal terbang ke THSR di stesen Taoyuan.
  • Tiket dibeli di kaunter perkhidmatan UBUS yang terletak di Dewan Ketibaan Terminal 1 dan 2 dengan harga NT$30.
  • Taoyuan THSR ke stesen utama Taipei berharga NT$175 mengikut nombor tempat duduk. Naik keretapi ke utara, stesen terakhir adalah Taipei.

Bas Awam di Taipei:

Untuk pengunjung, adalah lebih praktikal melihat dahulu laluan yang ingin di ambil menggunakan buku panduan atau peta Google. Ini lebih memudahkan anda untuk memahami sistem perjalanan yang diambil. Nota penting yang perlu di ingat ialah warna huruf atau karakter Bahasa Cina tersebut seperti R atau 紅 untuk merah. Sepanjang laluan merah tersebut terdapat stesen MRT.

Sistem Warna Bas di Taipei:

棕 BR (Coklat), 紅 R (Merah), 橘 O (Oren), 綠 H (Hijau) dan 藍 BL (Biru). Jika bas tersebut memaparkan karakter 上 (disebut sebagai shang, “naik”) anda perlu membayar NT$15 secara tunai atau mengimbas EasyCard ketika masuk bas. Jika bas memaparkan karakter下(disebut sebagai xia, “turun”), anda perlu membayar NT$15 secara tunai atau mengimbas EasyCard ketika turun bas.

U-Bike

Anda boleh menyewa basikal U-Bike di Taipei ini bagi memudahkan perjalanan anda ke destinasi yang ingin dituju. Basikal U-Bike terdapat di stesen-stesen MRT yang tertentu dan kawasan tumpuan utama. Dengan hanya menggunakan EasyCard yang telah didaftarkan, anda boleh menyewa basikal tersebut dan menghantar basikal itu semula ke lokasi U-Bike yang lain.
Website: www.youbike.com.tw

Teksi

Teksi-teksi yang ada permit sah, berwarna kuning dan terdapat banyak di bandar-bandar besar. Hanya segelintir pemandu teksi boleh berbahasa Inggeris. Jadi pastikan destinasi yang hendak dituju ditulis dalam bahasa Cina terlebih dahulu. Melainkan anda ingin melalui perjalanan yang jauh, bertolak dari landasan kapal terbang terpencil atau bertolak dari stesen HSR; pemandu teksi akan mengenakan kadar tambang sama rata. Anda boleh lihat kadar tambang dengan jelas pada mesin meter. Perjalanan empat kilometer pada waktu siang di Taipei, sepatutnya berjumlah NT$130. Caj tambahan dikenakan bagi perjalanan lewat malam dan kalau anda membawa banyak beg. Di bandar-bandar lain, kiraan formula berbeza sedikit bagi menetapkan kadar tambang.

Kereta Sewa

Trafik amat padat di kawasan bandar. Di kawasan pergunungan pula, anda perlu berhati-hati memandu kerana kebanyakan jalan raya sempit atau mudah dilanda tanah runtuh. Di jalan besar, hampir semua papan tanda di tulis dalam bahasa Cina dan Inggeris. Rakyat Taiwan memandu di sebelah kanan sama seperti di Malaysia. Para pengunjung yang memiliki lesen memandu internasional dan kad kredit boleh menyewa kereta. Anda harus bersedia untuk menandatangani baucar kad kredit kosong. Ini bagi meliputi segala saman yang dikenakan kerana melanggar peraturan jalan raya, jika ada atau bayaran parkir yang diproses selepas anda berlepas dari Taiwan. Syarikat-syarikat kereta sewa masih mengekalkan cawangan masing-masing dalam stesen HSR dan lapangan kapal terbang.

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY