Sasaran Lawatan

  • Pengenalan
  • Saranan Lawatan
 

Bas Pelancong Taiwan – Laluan 88 Anping

Tainan, satu daripada 3 hub komersial awal Taiwan, bermula di sini di Anping. Laluan 88 Anping berhenti di tapak-tapak bersejarah utama seperti Kota Anping, Kubu Erkunshen, bekas pejabat Tait and Co., dan Rumah Pokok Anping di samping beberapa tempat terkemuka di kota itu untuk mencuba pelbagai makanan jalanannya.

Kubu Erkunshen (Kubu Abadi)

Terletak di selatan Anping, kubu ini merupakan satu bahagian utama pertahanan kota semasa lewat kurun ke-19. Rekabentuk struktur blok batu dan bata ini mencerminkan pemikiran Barat kontemporari mengenai pertahanan strategik.


Mesti-lihat: Gerbang kubu, meriam

Masa: 30 min (anggaran)

Taman Lin Mo-Niang

Lin Mo-niang adalah nama mortal dewi laut, Mazu (Matsu) – seorang tokoh suci dalam kepercayaan agama rakyat tempatan. Taman luas ini adalah satu tempat yang hebat untuk berehat, berjalan-jalan, dan memerhatikan apa yang keluar masuk di Pelabuhan Anping.


Mesti-lihat: Patung Lin Mo-Niang

Masa: 30 min (anggaran)

Budaya Orang Asli

Muzium Kota Tainan sebelum kedatangan orang-orang Belanda dan China, Tainan adalah penempatan asal puak Tsou. Muzium ini telah diwujudkan untuk mengabadi dan meraikan warisan Tsou dan sejarah di kawasan sekitar Tainan yang lebih besar.


Mesti-lihat: Seni ukiran batu dan kayu, persembahan tarian

Masa: 1 jam (anggaran)

Kota Anping (Kota Zeelandia)

Asalnya dibina oleh pedagang-pedagang Belanda pada tahun 1624, Kota Anping adalah kota tertua di Taiwan. Struktur utama yang masih ada ini sudah berusia lama sejak dari Zaman Penjajahan Jepun (1895-1945), dan struktur tembok berusia lama sejak dari zaman Belanda juga masih boleh kelihatan.


Mesti-lihat: Tembok luar berusia hampir 4-kurun dan lain-lain elemen berstruktur

Masa: 1 jam (anggaran)

Tait and Co. / Rumah Pokok Anping

Bangunan serba putih berusia sekurun ini adalah pusat operasi dagangan Tait and Co. (UK) di selatan Taiwan. “Rumah Pokok” ini merupakan bekas gudang garam yang kini dicengkami oleh pokok-pokok banyan yang tersergam indah.


Mesti-alami: Laluan Kayu Skyway di atas Rumah Pokok Anping

Masa: 30 min (anggaran)



Bas Pelancong Taiwan (perkhidmatan biasa bus ke tapak-tapak tempatan)

(MULA) Stesen TRA Tainan (jalan keretapi)Kubu Eternal (Erkunshen)Taman Lin Mo-NiangTaman Bersejarah Pelabuhan AnpingMuzium Budaya Orang AsliMuzium Terusan TainanDewan Budaya Anping Oyster Shell Cement KilnKubu Anping Tait and Co. dan Rumah Pokok Anping(AKHIR)


Jumlah Masa Kembara: 1.5 jam (mula hingga akhir)

Pergi ke Sana: Naiki teksi untuk jarak pendek ke Erkunshen yang berdekatan dan kemudian naiki Laluan 88 Anping.

Tambang: NT$18 (NT$9 tambang-separuh) untuk setiap hentian; NT$80 (pas bas sehari-penuh)

Hotline: 06-221-9177

Laman Web: www.taiwantrip.com.tw


 

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY