Sasaran Lawatan

  • Pengenalan
  • Saranan Lawatan
 

Bas Pelancong Taiwan – Laluan Tasik Sun Moon

Tasik Sun Moon NSA merupakan tasik air tawar negara yang terbesar, dikelilingi oleh gunung-ganang yang dilitupi oleh hutan hujan tanah tinggi. Ikuti laluan ini dari Taichung ke tengah-tengah Taiwan, dengan hentian di Taman Arca New Era Art, Kubah Kertas, dan Tasik Sun Moon.

Resort dan Spa New Era Art

Kompleks besar ini mempunyai arca, lukisan dan hasil seni sulaman yang dicipta oleh seniman rakyat terkenal Lin Yuan di samping satu villa BandB, restoran, pusat spa, dan kawasan permainan kanak-kanak. Satu destinasi hebat untuk keseronokan keluarga yang holistik.


Mesti-lihat: Hasil seni ukiran

Masa: 40 min (anggaran)

Kubah Kertas

Kubah Kertas di Kampung-Eko Tao-Mi adalah satu struktur kadboard yang dibina oleh arkitek Jepun Shigeru Ban tidak lama selepas Gempa Bumi Kobe tahun 1995. Ia telah diderma dan dipindahkan ke Taiwan pada tahun 2005.


Mesti-lihat: Struktur arkitektur

Masa: 30 min (anggaran)

Bandar Yuchi

Bandar Yuchi adalah tapak kepada tarikan seperti Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Tasik Sun Moon, Gondola Ropeway Tasik Sun Moon, dan Kampung Budaya Orang Asli Formosa. Ia juga merupakan penempatan asal utama puak orang asli Taiwan Thao.


Mesti-makan: Hidangan set citarasa-asli

Masa: 2 jam (anggaran)

Ladang Teh Antik Assam

Yuchi adalah tempat di mana teh Assam India tanah rendah pertama kali ditanam secara komersial di Taiwan. Lawati bangsal pemprosesan-teh awal kurun ke-20 berinspirasikan-Ceylon yang kini didaftarkan sebagai tapak warisan bersejarah kebangsaan.


Mesti-beli: Teh hitam Assam Ruby red

Masa: 30 min (anggaran)

Tasik Sun Moon

Tasik Sun Moon, tasik terbesar Taiwan, terletak dalam satu kawasan hutan hujan semulajadi yang damai. Sering disebut-sebut dalam cerita, lagu, dan puisi, tasik ini kini adalah milik anda untuk dijelajahi melalui bot atau dikelilingi dengan berjalan kaki atau berbasikal.


Mesti-alami: Berjalan atau berkayuh di trek tepi tasik

Masa: 2 jam (anggaran)



Bas Pelancong Taiwan (perkhidmatan biasa bus ke tapak-tapak tempatan)

(MULA) Stesen TRA TaichungStesen HSR TaichungJambatan Ailan (Resort dan Spa New Era Art)Kampung-Eko Tao-Mi (Kubah Kertas)Dayan (Komuniti Seshui)YuchiLadang Teh Antik AssamTasik Sun Moon (AKHIR)


Jumlah Masa Kembara: 1.5 jam (mula hingga akhir)

Pergi ke Sana: Naiki teksi selama 50-min ke Stesen TRA Taichung. Untuk perjalanan pulang, naiki Bas Pelancong Taiwan untuk kembali ke Stesen TRA Taichung (lebih kurang 1.5 jam).

Tambang: Tambang teksi bermeter + NT$190 pas bas satu-arah (NT$340 pergi-balik)

Hotline: 04-9298-4031 / 04-9285-5668

Laman Web: www.taiwantrip.com.tw


 

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY