Sasaran Lawatan

 

  • Pengenalan
  • Saranan Lawatan
 

Taiwan Utara & Barat 5 hari, 4 malam

Lebuh raya utama ini membawa anda ke ibu negeri Taiwan melalui kawasan pergunungan di bahagian tengah pulau ini lalu menuju ke bandar kedua terbesar di Kaohsiung, dan kemudian kembali ke Taipei.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan > naik bas Ice Taipei > Makan Malam di Thai Food House Restaurant (makanan Halal) > Pasar Malam Shilin > bermalam di hotel pelancongan antarabangsa

Pasar Malam Shilin

Pasar Malam Shilin di Taipei merupakan pasar malam nombor satu yang terkenal dan terbesar di Taiwan. Para pelancong sering bercerita tentang makanan sebagai tarikan utama lebih-lebih lagi di pasar malam. Penduduk tempatan juga merasakan sedemikan. Pasar malam tradisional telah berkurun lamanya menjadi hiburan waktu malam yang sangat digemari. Hampir kesemua pasar malam menjual makanan tradisi Taiwan yang murah. Terdapat juga gerai-gerai permainan dan penjual-penjual yang berniaga bermacam barangan daripada kasut hingga mainan kanak-kanak.Makanan tersohor yang mesti dinikmati ialah telur goreng tiram, tauhu busuk dan sotong panggang.



CKS Memorial Hall, lawatan bandar > LeoFoo Village Theme Park > Makanan Tengah Hari Halal di Restoron Alladin di LeoFoo Village Theme Park > ke Tasik Sun Moon > bermalam di Toi Yi Ecological Leisure Form (makanan Halal, aktiviti kraf tangan)

Chiang Kai-shek Memorial Hall

Dewan ini meraikan kehidupan mendiang presiden China yang telah meninggal dunia pada 1975. Ia juga merupakan tarikan tersohor di Taipei. Para pelawat yang berminat dengan sejarah Asia moden boleh melawat muzium di bawah dewan. Pertunjukan kebudayaan sering diadakan di dua buah bangunan ternama yang mengapit plaza ini iaitu Tealer Nasional dan Dewan Konsert Nasional



Leofoo Village Theme Park

Permainan luncur dan pertunjukan hebat Leofoo menjadikan tempat ini destinasi yang amat popular di barat laut Taiwan. Setiap seksyen mengenengahkan tema yang berbeza. Arabian Kingdom penuh dengan magis dan misteri, Wild West menampilkan landasan kereta api di era perlombongan emas dan Safari Afrika ada keretapi luncur yang berputar dan berpusing.

Tasik Sun Moon

Tasik ini merupakan destinasi yang terkemuka di Taiwan. Ia terletak di tengah-tengah wilayah pergunungan yang tidak diusik oleh pembangunan. Para pelawat boleh merentasi tasik dengan menaiki bot, berbasikal di sekitar pinggir tasik atau naik bas ulang alik dari satu tempat ke satu tempat di sepanjang persisiran tasik.

Tai Yi Ecological Leisure Farm

Terletak di kawasan pergunungan yang indah, pusat peranginan ini ada ladang tanaman, di mana para pengunjung boleh membeli produk tanaman pada harga rendah, bagaikan membeli-belah di gedung bertema agro. Pilih bunga atau tumbuhan yang ingin dibeli di ladang tanaman. Ditawarkan lawatan eko dan aktiviti membuat kraf di bengkel kraf tangan serta jualan barangan kraf unik sebagai cenderahati yang diperbuat daripada bunga dan produk tanaman lain.



921 Earthquake Museum > Taiwan ke Kaohsiung makan tengah hari di Warung Sate Muslim > Dream Mall Shopping Center > British Consulate di Takao makan malam di Mumbai India Restaurant (makanan Halal) > Love River cruise > bermalam di hotel pelancongan antarabangsa

921 Earthquake Museum of Taiwan

Sebagai memperingati kejadian gempa bumi yang paling teruk melanda Taiwan di zaman moden, sekolah yang bertukar menjadi muzium di Taichung ini patut dilawati. Rabung-rabung berombak yang terbeniuk di trek sukan sekolah telah dikekalkan termasuk beberapa buah kelas yang sudah ranap.

Kaoshiung

Bandar kedua terbesar Taiwan ini digelar ibu kota lautan. Kota metropolis antarabangsa ini telah dibentuk oleh pengaruh lautan. Ia dianggap sebagai kota kolar biru Chicago sebagaimana Taipei disamakan dengan New York dan Manhattan. Kota ini telah berkembang pesat sejak sedekad lalu dan lebih banyak lagi pembangunan dijalankan, di mana hasilnya tampak amat ketara dan menyerlah.

Dream Mall Shopping Center

Ia pusat membeli-belah terbesar di Taiwan dan juga terbesar di Asia Tenggara. Tarikan yang amat popular di sini ialah taman hiburan di atas bumbung. Terdapat Roda Ferris Kaohsiung Eye, berdiameter 50 meter dengan ketinggian binaan dan roda setinggi 102 meter. Taman ini juga menawarkan aktiviti bergolek dalam bola gelembung gergasi dan melompat bungee atas trampolin. Tempai ini padat dengan kedai, pawagam, gimnasium, restoran dan fasiliti hiburan lain.

British Consulate di Takao

Dibina pada 1879, mahligai besar satu tingkat ini pada asalnya ialah kediaman diplomat British di selatan Taiwan. Ia menghadap Pelabuhan Kaohsiung yang sibuk dengan pemandangan memukau. Kini, fasiliti ini menampilkan pameran bersejarah dan restoran yang menyediakan tempat duduk di teres beranda yang menyajikan panorama indah lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Love River

Penduduk tempatan suka mengungkapkan, Love River bagi Kaohsiung seumpama Seine bagi Paris. Laluan air ini menterjemahkan karakter moden bandar ini dan para pelancong dapat menikmati landskap menarik, jalan berturap batu, seksyen pelantar laluan, lampu-lampu jalan yang cantik, bangku-bangku dan tempat relaks, kafe, lawatan bot serta persembahan muzik pentas dan pertunjukan kebudayaan pada hujung minggu dan cuti umum.



Masjid Kaohsiung > KMRT Formosa Boulevard Station (Dome of Light) > High Speed Rail kembali ke Taipei > makan tengah tengah hari di Sarena Indian & Pakistani Halal Restaurant > Bopiliao Historic Street (atau National Palace Museum) > Ximending Commercial Area dan Taipei City Mall > makan malam di Aaleja Pakistani & Indian Halal Restaurant > Taipei 101 (balai cerap). Xinyi Commercial Area > bermalam di hotel pelancongan antarabangsa

KMRT Formosa Boulevard Station

Kebanyakan stesen di Kaohsiung merupakan sistem metro baru yang kaya dengan nilai seni. Stesen ini memiliki seni bina yang unggul dan menjadi tarikan pelancongan yang ternama. Tarikan utama ialah Dome of Light, binaan kubah kaca yang terbesar di dunia berdiameter 30 meter dengan keluasan 2,180 meter persegi. Ia dibina daripada 4,500 keping panel kaca.



Bopiliao Historic Street

Bangunan-bangunan bersejarah yang telah dibaik pulih di sini bercirikan seni bina Dinasti Qing dan zaman koloni Jepun. Ada kedai-kedai tradisional yang diusahakan sama seperti di zaman kuno. Lawatan bermula dari Heritage and Culture Education Center of Taipei, sebuah muzium yang menampilkan pameran- pameran yang berkelas tinggi.

Ximending Commercial Area

Tempat ini merupakan fesyen hob golongan muda yang utama di Taipei dan di seluruh Taiwan. Terdapat jalan-jalan khas untuk pejalan kaki, berpuluh-puluh kedai yang dikhususkan mengikut selera golongan muda, gerai-gerai makan murah dan kawasan yang dibarisi teater pawagam iaitu Movie Street. Lawat Red House, tapak warisan dibina pada 1908 yang menjadi pasar moden pertama di Taiwan. Kini ia dibarisi butik-butik berjenama antarabangsa, pusat hiburan malam terbuka, bazar kebudayaan hujung minggu dan persembahan pentas.

Taipei City Mall

Ia jalan membeli-belah bawah tanah yang memiliki lebih 180 buah kedai melangkaui 800 meter panjang. Kompleks ini ialah kombinasi pusat membeli-belah barat dengan gaya pasar tradisional Taiwan. Ia bersambung dengan Taipei Railway Station dan stesen bas Taipei Main Station. Di sini terdapat tiga seksyen iaitu fesyen, elektronik dan makanan. Di celah seksyen-seksyen ini terdapat medan pasar yang dipenuhi kios menjual semua variasi produk seperti buku, DVD, mainan dan barangan cenderahati pada harga murah.

Taipei 101

Berdiri megah setinggi 500 meter, ialah bangunan kedua tertinggi di dunia iaitu Taipei 101. Bangunan pencakar langit ini mendominasi latar langit Taipei. Lif terpantas di dunia membawa anda ke balai cerap di tingkat 89, yang menyajikan pemandangan pusat bandar dan kawasan pergunungan yang luar biasa. Di tingkat 88, anda dapat melihat bandul besi terbesar di dunia yang menstabilkan bangunan ini ketika dilanda taufan atau gegaran gempa bumi. Terdapat iuga balai cerap terbuka di tingkat 91. Menara ini iuga menawarkan restoran di tingkat tinggi sebagai pilihan uniuk anda menikmati hidangan lazat sambil meninjau panorama yang memukau.



Menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan > berlepas dari Taiwan
 

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY