Pengenalan

  • Datang ke Taiwan dan bergerak di sini dengan segala maklumat yang anda perlukan tentang visa, iklim, mata wang dan maklumat lain.

Visa

  • Rakyat dari negara Malaysia pasport menikmati tempoh tanpa visa ke Taiwan tidak lebih daripada 30 hari tempoh. Bagi yang berhasrat untuk tinggal lebih 30 hari lama, perlulah memohon visa.

Bahasa Perantaraan

  • Bahasa Mandarin merupakan bahasa kebangsaan. Bahasa Taiwan yang hampir menyerupai bahasa Hokien / Fuji, digunakan secara meluas. Di pusat-pusat
    pelancongan, kakitangan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Jepun.

Iklim

  • Taiwan terletak di antara kawasan moderat dengan kawasan tropical dan beriklim subtropical. Suhu purata tahunan kira-kira 22°C kecuali kawasan pergunungan.
Bulan Maksimum Minimum Purata
Januari 18 13 14
Februari 18 13 14
Mac 21 14 17
April 24 18 21
May 27 22 24
Jun 30 24 27
Bulan Maksimum Minimum Purata
Julai 32 26 28
Ogos 32 26 28
September 30 23 27
Oktober 27 21 23
November 23 18 20
December 19 14 16

Kadar dan Pertukaran Matawang

  • Matawang Taiwan ialah New Taiwan Dollar (NT$). Mengikut kadar yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia pada March 2013, kadar pertukaran mata wang ialah RM1.00 = NT$10.48.
  • Wang tunai dan cek kembara boleh ditukar di kebanyakan bank dan pejabat pos besar, dan juga dalam beberapa hotel dan gedung membeli-belah.
  • Penggunaan kad kredit diterima meluas di Taiwan. Wang kertas bank terdapat dalam denominasi NT$ 2000, 1000, 500, 200, dan 100. Duit syiling dalam 50, 20, 10, 5 dan 1. Bagi kemudahan pelancong Malaysia, adalah disarankan supaya menukar matawang RM ke NT$ di bank-bank Malaysia terlebih dahulu sebelum berlepas ke Taiwan.

Telekomunikasi & Panggilan Kecemasan

Telekomunikasi

  • Panggilan antarabangsa boleh dibuat di telefon awam yang menerima kad pra-bayar atau syiling. Kad pra-bayar boleh didapati di kedai-kedai serbaguna. Semua telefon boleh digunakan untuk panggilan domestik.
  • Kiriman melalui faks boleh dilakukan di semua rangkaian kedai serbaguna 7-Eleven dan Family Mart. Penerimaan isyarat selfon termasuk 3G, adalah bagus di hampir semua tempat di Taiwan tapi agak kurang jelas di kawasan pergunungan.

Nombor Telefon yang Berguna dan untuk Kecemasan

  • Untuk membuat panggilan antarabangsa dari Taiwan, dail 002, kemudian kod negara dan nombor telefon yang betul. Contoh:tambah 002 + kod Negara + kod kawasan + number telefon
  • Kod Negara untuk Panggilan ke Taiwan adalah 886
Unit-Unit Bantuan No. Tel
Unit Polis Berbahasa Inggeris 110
Taipei (02) 2556-6007
Biro Hal Ehwal Konsulat (02) 2343-2888
Perkhidmatan Bomba dan Ambulans 119
Bantuan Operator Antarabangsa 110
Bantuan Direktori Dalam Bahasa Inggeris N/A
Bantuan Direktori Dalam Bahasa Cina 104 & 105
  • Tourist Information Hotline 24 jam (0800-011-765) dan Information for Foreigners Hotline 24 jam (0800-024-111) adalah amat berguna. Jika mereka tidak dapat mencari maklumat yang anda perlukan serta-merta, mereka akan menelefon anda kembali, selalunya dalam masa 30 minit.

Informasi Lain

Laman Web Berguna

Sales Tax Refund

  • Para pelancong yang berbelanja lebih NT$2,000 dalam sehari di kedai-kedai yang ditampal TRS (Tax Refund Shopping), sekiranya mereka meninggalkan Taiwan dalam masa 30 hari dan membawa barangan bersama mereka, tuntutan kembali 5% cukai pembelian (VAT) boleh dibuat di Foreign Passenger VAT Refund Service Counter di lapangan kapal terbang atau balai berlepas di pelabuhan.
  • Jika tuntutan kembali VAT kurang dari NT$1,000, para pelawat boleh membuat tuntutan secara terus
    di kedai-kedai yang ditampal TRS. Untuk maklumat lanjut tentang tuntutan kembali cukai pembelian.
Versi Bahasa Inggeris
Versi Bahasa Cina

Upah Tip

  • Upah tip tidak diterima atau digalakkan. Kebanyakan hotel dan restoran berkelas tinggi mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus.

Elektrik

  • Upah tip tidak diterima atau digalakkan. Kebanyakan hotel dan restoran berkelas tinggi mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus.