Tip Perjalanan

Pengenalan

Datang ke Taiwan dan bergerak di sini dengan segala maklumat yang anda perlukan tentang visa, iklim, mata wang dan maklumat lain.

Visa

Rakyat dari negara Malaysia pasport menikmati tempoh tanpa visa ke Taiwan tidak lebih daripada 30 hari tempoh. Bagi yang berhasrat untuk tinggal lebih 30 hari lama, perlulah memohon visa.

Bahasa Perantaraan

Bahasa Mandarin merupakan bahasa kebangsaan. Bahasa Taiwan yang hampir menyerupai bahasa Hokien / Fuji, digunakan secara meluas. Di pusat-pusat pelancongan, kakitangan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Jepun.

Iklim

Taiwan terletak di antara kawasan moderat dengan kawasan tropical dan beriklim subtropical. Suhu purata tahunan kira-kira 22°C kecuali kawasan pergunungan.

 

Maksimum

Minimum

Purata

Januari

18

13

14

Februari

18

13

14

Mac

21

14

17

April

24

18

21

May

27

22

24

Jun

30

24

27

 

Maksimum

Minimum

Purata

Julai

32

26

28

Ogos

32

26

28

September

30

23

27

Oktober

27

21

23

November

23

18

20

December

19

14

16

Kadar dan Pertukaran Matawang

Matawang Taiwan ialah New Taiwan Dollar (NT$). Mengikut kadar yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia pada March 2013, kadar pertukaran mata wang ialah RM1.00 = NT$10.48. Wang tunai dan cek kembara boleh ditukar di kebanyakan bank dan pejabat pos besar, dan juga dalam beberapa hotel dan gedung membeli-belah. Penggunaan kad kredit diterima meluas di Taiwan. Wang kertas bank terdapat dalam denominasi NT$ 2000, 1000, 500, 200, dan 100. Duit syiling dalam 50, 20, 10, 5 dan 1. Bagi kemudahan pelancong Malaysia, adalah disarankan supaya menukar matawang RM ke NT$ di bank-bank Malaysia terlebih dahulu sebelum berlepas ke Taiwan.

Upah Tip

Upah tip tidak diterima atau digalakkan. Kebanyakan hotel dan restoran berkelas tinggi mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus.

Telekomunikasi

Panggilan antarabangsa boleh dibuat di telefon awam yang menerima kad pra-bayar atau syiling. Kad pra-bayar boleh didapati di kedai-kedai serbaguna. Semua telefon boleh digunakan untuk panggilan domestik. Kiriman melalui faks boleh dilakukan di semua rangkaian kedai serbaguna 7-Eleven dan Family Mart. Penerimaan isyarat selfon termasuk 3G, adalah bagus di hampir semua tempat di Taiwan tapi agak kurang jelas di kawasan pergunungan.

Nombor Telefon yang Berguna dan untuk Kecemasan

Untuk membuat panggilan antarabangsa dari Taiwan, dail 002, kemudian kod negara dan nombor telefon yang betul.

Contoh:
tambah 002 + kod Negara + kod kawasan + number telefon
Untuk Panggilan ke Taiwan

Kod Negara adalah 886

  • Polis: 110 Unit Polis Berbahasa Inggeris
  • Taipei: (02) 2556-6007
  • Biro Hal Ehwal Konsulat: (02) 2343-2888
  • Perkhidmatan Bomba dan Ambulans: 119
  • Bantuan Operator Antarabangsa: 100
  • Bantuan Direktori Dalam Bahasa Inggeris:
  • Bantuan Direktori Dalam bahasa Cina: 104 & 105

Tourist Information Hotline 24 jam (0800-011-765) dan Information for Foreigners Hotline 24 jam (0800-024-111) adalah amat berguna. Jika mereka tidak dapat mencari maklumat yang anda perlukan serta-merta, mereka akan menelefon anda kembali, selalunya dalam masa 30 minit.

Elektrik

110V/60Hz; plak mengikut Amerika Syarikat, ada dua serampang pipih yang selari. (plug 2 pin)

Sales Tax Refund

Para pelancong yang berbelanja lebih NT$3,000 dalam sehari di kedai-kedai yang ditampal TRS (Tax Refund Shopping), sekiranya mereka meninggalkan Taiwan dalam masa 30 hari dan membawa barangan bersama mereka, tuntutan kembali 5% cukai pembelian (VAT) boleh dibuat di Foreign Passenger VAT Refund Service Counter di lapangan kapal terbang atau balai berlepas di pelabuhan. Jika tuntutan kembali VAT kurang dari NT$1,000, para pelawat boleh membuat tuntutan secara terus di kedai-kedai yang ditampal TRS. Untuk maklumat lanjut tentang tuntutan kembali cukai pembelian, sila layari laman web berikut:

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY