Barang Larangan

Selain barang larangan umum, elakkan barang berikut di dalam bagasi daftar masuk anda: semua produk daging, buah-buahan segar dan hasil laut yang diproses. Baca peraturan tentang bagasi di laman web rasmi Lapangan Terbang Taoyuan sebelum berlepas supaya tidak terbantut di Pejabat Kastam semasa ketibaan.

Photo credit: fanghanshen

Photo credit: jameslee0130

Dilarang Merokok

Tinggalkan rokok anda di rumah! Pihak berkuasa Taiwan telah melarang merokok demi menjadikan Taiwan pulau bebas asap rokok. Kawasan larangan terdapat di mana-mana sahaja, seperti tempat awam tertutup, stesen pengangkutan berbumbung, laluan pejalan kaki di luar kedai serbaneka dan kedai kopi. Sesiapa yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda dari NT$2,000/RM290 hingga NT$10,000/RM1450.

Sentiasa Berdiri di Sebelah Kanan

Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, MRT Taipei sentiasa memainkan audio berulang “Sila pegang selusur dan berdiri dengan baik di eskalator” sebagai peringatan. Jika menaiki MRT di Taiwan, pastikan anda berdiri di sebelah kanan eskalator. Kosongkan sebelah kiri bagi mereka yang hendak cepat.

Photo credit: cathy_huangsanity

Photo credit: _chen1215_

Dapatkan Panduan MRT

Sistem metro Taiwan memainkan peranan penting kepada para pelancong kerana banyak destinasi pelancongan mudah diakses oleh MRT. Bimbang akan keliru dengan laluan dan stesen metro? Muat turun panduan MRT dari laman web Metro Taipei atau dapatkan salinan di mana-mana stesen MRT!

Etika MRT

Setiap bandar utama di Taiwan mempunyai sistem pengangkutan yang dirancang dengan baik. Semasa melancong di Taipei dengan metro, dilarang makan, mengunyah gula-gula getah atau minum di MRT. Yang paling penting,  berjaga-jaga dengan zon keutamaan tempat duduk. Kebanyakan orang Taiwan tidak akan mendudukinya walaupun tempat duduk tersebut kosong.

Photo credit: oxy477

Bawa Buku Catatan

Di Taiwan, hampir semua tempat pelancongan dan sesetengah kedai cenderamata menyediakan cap getah untuk dicop oleh pelancong sebagai koleksi. Cap getah ini juga boleh didapati di semua stesen MRT. Setiap lokasi menyediakan reka bentuk yang unik. Ingatlah untuk membawa buku nota dan mengumpulkan cenderamata percuma ini!

Pantang Larang Semasa Mengunjungi Kuil

Agama merupakan bahagian penting dalam kehidupan harian orang Taiwan. Berikut merupakan perkara yang perlu anda ketahui sebelum mengunjungi kuil:

  • Masuk melalui pintu kanan dan keluar melalui pintu kiri.
  • Jangan sesekali masuk dan keluar dengan pintu tengah.
  • Jangan pijak ambang pintu ketika memasuki atau meninggalkan kuil.

Photo credit: erica_peng

Photo credit: winnie51571

Pantang Larang Penggunaan Penyepit

Mengetahui pantang larang tentang penggunaan penyepit mungkin berguna kerana penyepit merupakan peralatan makan yang paling kerap digunakan di Taiwan. Jangan tunjuk orang lain dengan penyepit, dan ingat untuk menggunakan penyepit khusus untuk mengambil hidangan bersama. Terdapat pantang larang yang banyak lagi, tetapi yang paling penting, JANGAN sesekali tegakkan penyepit ke dalam mangkuk kerana cara ini hanya digunakan di majlis pengebumian.

Resit Bertuah

Ingatlah untuk menyimpan resit pembelian di kedai serbaneka ketika melancong ke Taiwan! Resit-resit ini berpeluang untuk memenangi hadiah dalam Loteri Resit Taiwan. Anda boleh menderma resit-resit ke dalam kotak amal yang tersedia di pintu masuk kedai. Pemenang akan diumumkan setiap dua bulan.

Photo credit: nanalin888

Photo credit: huang_0305

Bawa Pakaian Renang Sendiri

Terdapat tiga jenis mata air panas di Taiwan, yakni kolam mandian peribadi, kolam mandian awam campur untuk lelaki dan wanita serta kolam mandian berasingan untuk lelaki dan wanita. Jika mahu mandi di kolam awam campur, pastikan anda membawa pakaian renang dan topi renang anda. Basuh dan bilas badan anda sebelum memasuki kolam dan ikuti panduan untuk menikmati mata air panas dengan lebih baik!