Pasar Malam Tonghua (Jalan Linjang), Taipei

Inilah pasar malam yang paling autentik dan tradisional berbanding dengan kawasan beli-belah Taipei 101 yang mewah. Diiktiraf dengan anugerah Bib Gourmands dalam Panduan Michelin tahun 2019, Tauhu Busuk Yakou (NT$60/RM8.50) adalah antara makanan yang harus anda cuba di sini. Rangup di luar, lembut dan licin di dalam, tauhu goreng ini amat sesuai dimakan dengan sos dan jeruk kubis.

Photo credit: papa90242

Photo credit 01: iamirenesu

Pasar Malam Ningxia, Taipei

Siapa kata desert paling sesuai disajikan di penghujung hidangan? Cara makan Mochi tradisional yang baharu adalah sesuatu yang tidak harus anda terlepas di sini. Cubalah Mochi Lin Zhen Zhao (dari NT$40/RM5.50) yang dimasak mengikut pesanan untuk mengekalkan kehangatan kuih Mochi. Kuih Mochi dilapisi serbuk bijan dan kacang, dihidangkan dengan ais kisar dan disirami susu pekat manis – suatu gabungan enak yang akan membuat anda tertawan.

Pasar Malam Lehua, Taipei Baharu

Sebagai tarikan kepada para penggemar makanan dari seluruh pelosok dunia, pasar malam ini menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa di sepanjang jalan termasuklah susyi Jepun, kebab Turki, kerabu betik muda Thai dan lempeng makanan laut Korea. Jika anda peminat bebola keladi yang disajikan dengan ais kisar, Bebola Keladi Abba (dari NT$70/RM10) ialah kedai yang wajar anda kunjungi!

Photo credit:  chianghanc

Photo credit: cat_ruby_liu

Pasar Malam Miaokou, Keelung

Dalam perjalanan 40 minit dari Taipei, anda akan terpesona dengan pemandangan pelabuhan Keelung yang menakjubkan dan makanan jalanan yang sungguh enak di pasar malam. Dengan kedudukan yang menghampiri lautan, makanan laut segar merupakan salah satu tarikan utama pasar malam ini, termasuklah Sup Ketam Wu Ji (NT$60/RM8.50) yang berharga berpatutan dan tidak pernah mengecewakan pelanggan!

Pasar Malam Luodong, Yilan

Adakah anda sudah bersedia untuk menerokai pasar malam terbesar dan paling sesak di Taiwan? Inilah dia! Untuk berjalan-jalan secara santai, cuba kunjungi pada hari bekerja atau elakkan kesesakan pada hujung minggu dari pukul 4 petang hingga 10 malam. Nikmatilah Sup Kambing Azaobo Angelica (NT$70/RM10) yang dimasak mengikut pesanan. Anda mungkin perlu beratur selama setengah jam, tetapi amat berbaloi!

Photo credit:  __chiao__

Photo credit: alpha19891026

Pasar Malam Jalan Wenhua, Chiayi

Tiada cara yang lebih bagus untuk menghayati suasana di Chiayi selain berkunjung ke pasar malam. Sesetengah makanan di bandar ini cukup ikonik sehingga Street Food (2009), sebuah siri Netfilx membuat liputan lengkap dalam salah satu episodnya mengenai makanan pasar malam di sini, termasuklah Sup Ikan Kepala Smart Fish (NT$330/RM47.50), Nasi Turki Majistret Liu (NT$55/RM8.00)dan Puding Soya Nenek E (NT$30/RM4.50).

Pasar Malam Dadong, Tainan

Di Tainan, bandar tertua di Taiwan, terletaknya Pasar Malam Dadong – pasar malam kedua terbesar di Taiwan yang beroperasi hanya pada hari Isnin, Selasa dan Jumaat. Sudah tentu tarikannya ada pada makanan beraneka ragam dengan harga yang berpatutan. Segala makanan pasar malam yang utama turut boleh didapati di sini, termasuklah Stik Xiao Tong Yi (NT$150/RM21.50) berjus dan pedas yang wajar anda cuba!

Photo credit: eat33_tainanfood

Photo credit: hua.dh

Pasar Malam Fengjia, Taichung

Pasar Malam Fengjia ialah pasar malam yang terbesar dan terkenal di Taichung, malah sebahagian gerai dibuka seawal pukul 2 petang! Apakah yang wajar dicuba di pasar malam ini? Anda boleh dapat semuanya di sini, misalnya bebola keledek goreng (NT$40/RM5.50), ayam bakar arang (NT$75/RM11.00), bebola keladi (NT$50/RM7.00) dan beberapa pilihan makanan halal.

Pasar Malam Liuhe, Kaoshiung

Pasar Malam Liuhe, Kaoshiung ialah pasar malam mesra Muslim yang pertama di Taiwan! Sekurang-kurangnya 10 peniaga makanan di sini memenuhi syariat Islam dan lebih dikenali dalam kalangan pengunjung Muslim. Antara makanan yang diniagakan termasuklah kebab Turki (NT$70/RM10.00), jus betik susu (NT$60/RM8.50), tauhu busuk (NT$50/RM7.00) dan makanan pasar malam utama lain yang akan membuat anda terliur. Tambahan pula, ia hanya berjarak 10 minit perjalanan kaki dari Stesen Kereta Api Kaohsiung!

Photo credit: eeooa0314

Photo credit: yangdorcas

Pasar Malam Taitung

 Jika anda rasa pasar malam utama di Taiwan terlalu komersial, kunjungilah Pasar Malam Jalan Cheng-chi, Taitung yang terkenal dengan Jalan Buah-Buahan yang menjual buah-buahan keluaran istimewa Taitung, kastard epal (NT$117/RM18) dan buah-buahan lain. Pada waktu malam pula, pasar malam ini juga menyediakan perkhimatan segera (grab-to-go) untuk makanan Taiwan yang unik, termasuklah Puding Soya Justice (NT$20/RM3), Pau BBQ Wayu (NT$55/RM8) dan Tauhu Busuk Lim (NT$35/RM5).