Pengalaman Berbasikal yang Luar Biasa di Luar Bandar Taiwan

Berbasikal semakin popular dalam 10 tahun kebelakangan ini. Taiwan menawarkan pengalaman multidimensi untuk menerokai kawasan luar bandar yang aneh tetapi menarik. Anda dapat menerokai bandar kecil yang tenang dengan berbasikal, meluncur air atau menyertai bengkel seni DIY. Walau apa cara pun, pengalaman menarik ini pasti menawani hati anda.

Photo credit: chien_lan

Photo credit: ajoe_huang

Mengalami Peningkatan Adrenalina di Toucheng

Berbasikal di sepanjang Jalan Lama Toucheng amat menyantaikan. Anda boleh menyusuri Jalan Lama Toucheng yang terdapat bangunan-bangunan bersejarah yang menggabungkan seni bina dinasti Qing, penjajahan Jepun dan pengaruh Barat. Anda juga boleh belajar meluncur air di Pantai Waiao atau berjalan-jalan di sepanjang pinggir pantai untuk mengagumi keindahan Pulau Guishan dan menyaksikan matahari terbit yang mempesona. Bandar purba ini begitu menakjubkan sekali!

Mengalami budaya dan DIY di Yangmei

Cubalah naik Kereta Api Taiwan ke Stesen Fugang, kemudian berbasikal mengelilingi pelbagai tempat indah di kawasan Yangmei. Bersantai dan mendengar cerita tempatan yang menarik dan menikmati pemandangan artistik. Selain mengunjungi Muzium Kek dan Pastri Guo Yuan Ye untuk membuat tart nanas yang terkenal, anda boleh menyertai bengkel DIY minyak pati dan wangian di Muzium Arwin Charisma.

Photo credit: yen52007

Photo credit: ohbear_taiwan

Sejarah dan Alam Semula Jadi di Jianshi

Perbandaran Jianshi ialah kawasan pergunungan di Daerah Hsinchu. Sebahagian besar Jianshi didiami penduduk asli Atayal. Rasailah budaya orang asli sambil mendekati alam semula jadi dengan berjalan-jalan di Laluan Batu Katak sehingga ke air terjun dan platform kaca yang terkenal. Atau, terokai denai hutan bersejarah Syakaro untuk melihat tapak peninggalan sejarah.

Gongguan yang Luar Biasa

Gongguan di Daerah Miaoli bukanlah kawasan luar bandar yang biasa. Gongguan terletak di utara Taiwan yang beriklim sub-tropika. Berbasikal di lautan bunga pada bulan Mei dan Jun, anda pasti terpukau oleh Pokok Pancuran Emas yang bermekar. Di samping itu, anda boleh mengalami sesuatu yang berbeza dengan mengunjungi Dewan Pameran Petroleum Taiwan di Chuhuangkeng atau menyaksikan pemandangan malam berbintang Miaoli di Tong You Shi Jie.

Photo credit: jing_c13

Photo credit: happy10_06

Berbasikal dengan Romantik di Xinshe

Sedang mencari trek berbasikal romantik untuk pasangan? Kawasan Xinshe ialah tempat yang ideal! Perkampungan pertanian ini mempunyai lautan bunga berwarna cerah sepanjang tahun. Anda boleh mengayuh di sekitar lautan bunga sakura (Februari – Mac) atau menikmati lautan bunga berwarna-warni semasa Festival Bunga Xinshe (November). Bunga-bunga ini memekar sementara, namun kenangan itu akan kekal seumur hidup.

Pemandangan Pergunungan di Tianzhong

Laluan Basikal Evergreen di Tianzhong merupakan laluan berbasikal tahap sederhana di Daerah Changhua. Jika laluan ini terlalu mencabar bagi anda, kunjungilah Taman Hutan Tianzhong untuk mendaki di hutan. Trek pendakian hutan ini terbentang di sepanjang gunung, menghadap ke Dataran Changhua dan Selat Taiwan. Untuk aktiviti yang lebih menyantaikan, anda boleh menikmati sentimen kesenian di Perkampungan Kucing Tanur Tianzhong.

Photo credit: about_clothes.shop

Photo credit: pottery_flower

Alam Semula Jadi dan Budaya di Jiji

Menikmati pemandangan di alam terbuka sambil menjelajah perbandaran Jiji dengan basikal sewaan! Perbandaran terkecil di Taiwan ini mempunyai pelbagai destinasi yang menarik, seperti stesen kereta api bersejarah, Terowong Hijau yang disimbah cahaya matahari, Jambatan Langit setinggi 204m, Insitut Penyelidikan Spesies Endemik dan lain-lain. Jiji ialah sebuah perbandaran yang membuka mata anda kerana budaya yang mendalam dan kekayaan alam sekitar.

Multidimensi Ji’an

Ji’an mempunyai pemandangan gunung dan laut yang indah. Denai Fenglin yang terkenal mempunyai ciri geografi yang istimewa. Di Denai Fenglin, anda berpeluang menikmati pemandangan Dataran Hualien, bahagian utara Pergunungan Pinggit Laut dan Lautan Pasifik dari kejauhan. Ji’an ialah perbandaran yang ideal untuk berbasikal dengan tenang sambil mengagumi pemandangan indah dan menikmati makanan tempatan yang enak.

Photo credit: wei_photo_

Photo credit: ls__u

Batu-batan di Sekitar Chenggong

Chenggong ialah perbandaran tua yang memiliki laluan-laluan pejalan kaki dengan pemandangan batu-batan unik yang terbentuk seiring dengan peredaran masa. Sanxiantai, salah satu tarikan popular, diberikan nama berdasarkan kisah tiga dewa; Payung Batu pula ialah destinasi unik yang berbentuk payung. Formasi batuan istimewa ini menjadikan Chenggong tapak fotografi yang popular.