Menjelajahi Lembah Emerald

Lembah Emerald ialah salah satu permata tersembunyi yang terletak kira-kira 15km ke selatan dari bandar Hualien. Anda boleh mengunjungi Lembah Emerald dengan basikal atau skuter. Sebelum tiba di air terjun tirai yang mengagumkan, para pengunjung perlu melalui terowong era Jepun yang lama dan gelap. Jangan lupa untuk membawa lampu suluh dan pakaian renang yang pasti anda perlukan!

Tiket masuk: Percuma
? Waktu operasi: Sepanjang hari
? 972, Taiwan, Daerah Hualien, Perbandaran Xiulin

Photo credit: hi.sydney

Photo credit: niu__jb0110

Mengunjungi Ladang Rekreasi: Ladang Chongde

Ladang Chongde dikenali sebagai “New Zealand Kecil” di Taiwan. Ladang rekreasi ini merupakan destinasi terbaik untuk pencinta alam dan haiwan kerana terdapat kombinasi pemandangan semula jadi, haiwan-haiwan comel dan aktiviti yang menyeronokkan. Anda boleh membeli dan memberikan makanan kepada anak biri-biri dan kuda. Anda juga dapat mencuba ATV atau luncur layar untuk menyenangkan diri!

Tiket masuk: Percuma
? Waktu operasi: 08:30 – 17:00
?  Ladang Chongde, Perbandaran Xiulin

Gaya Klasik 1960-an: Zon Khas Bo’ai Hualien

Zon Khas Bo’ai Hualien merupakan lorong kecil pada tahun 1960-an yang diubah suai dan mempunyai restoran, kafe dan kedai kraftangan. Bangunan simen lama ini dipadankan dengan pintu kayu untuk menghasilkan suasana klasik. Para pengunjung boleh berjalan-jalan dan menyusuri jalan yang memenuhi kenangan orang Taiwan.

Tiket masuk: Percuma
? Waktu operasi: Bergantung pada kedai
? Lorong 159, Jalan Bo’ai, Bandar Hualien, Daerah Hualien, Taiwan 970

Photo credit: rainy23

Photo credit: sekainomys

Pemandangan Malam yang Paling Mengagumkan di Denai Fenglin

Selain mengunjungi Pasar Malam Dongdamen, anda boleh mendaki Denai Fenglin. Anda pasti terpukau dengan pemandangan malam Hualien yang menakjubkan. Pada hari yang cerah, pemandangan Lautan Pasifik, Gunung Meiluen, Lembah Huadong, Qixingtan dan Bandar Hualien yang indah akan jelas kelihatan dan memikat hati anda.

Tiket masuk: Percuma
? Waktu operasi: Sepanjang Hari
?Dashan, Perbandaran Ji’an, Daerah Hualien, Taiwan 973

Pemandangan Laut yang Luar Biasa: Lintasan Qinbuzhizi

Jangan terlepas keindahan garis laut dan gelombang laut di pantai timur! Tebing Qinbuzhizi merupakan satu lagi karya seni geologi yang hebat untuk diterokai. Lintasan gantung yang sepanjang 150m ialah satu-satunya jambatan gantung kaca di Taiwan. Pandang ke bawah dan rasakan kedinginan dari tulang belakang anda.

Tiket masuk: NT$40 / RM6.00
? Waktu operasi: 09:00 – 17:00
?977, Taiwan, Daerah Hualian, Perbandaran Fengbin

Photo credit: apolife77

Photo credit: karenfaith_chiang

Sinaran Matahari Pertama: Sanxiantai

Abadikan sinaran cahaya matahari pertama dan siarkan di Instagram dengan keindahan Sanxiantai. Anda boleh menemui mercu tanda yang terkenal, yakni jambatan rentas laut yang mempunyai lapan lengkungan. Di samping itu, anda boleh menikmati ciri-ciri geologi seperti gua yang terhakis laut, tumbuh-tumbuhan pesisir, formasi batuan dan lain-lain.

Tiket masuk: percuma dengan bayaran letak kereta
? Waktu operasi: 08:30 – 17:00
?No. 74, Jalan Jihui, Kampung Sanxian, Perbandaran Chenggong, Daerah Taitung.

Pantai Cermin & Kawasan Pemandangan Nasional Pantai Timur

Cermin, cermin di atas… lantai? Satu jam sebelum dan setelah air surut, Pantai Douli berubah menjadi pantai cermin tanpa batasan,. Inilah waktu terbaik untuk mengambil gambar. Kemudian, singgahlah di Pusat Pelawat Douli untuk menyaksikan pameran persekitaran laut dan belajar tentang budaya suku asli Amis.

Tiket masuk: Percuma dengan bayaran letak kereta
? Waktu operasi: 08:30 – 17:00
?Pantai Douli: 961, Perbandaran Chenggong, Daerah Taitung
?Pusat Pelawat Douli: No. 25, Jalan Xincun, Kampung Xinyi, Perbandaran Chenggong, Daerah Taitung

Photo credit: xuyuz0522

Berjalan-jalan di Taman Perhutanan Taitung

Taman Perhutanan Taitung ialah habitat bagi kayu sapi di hutan gelap dan tiga buah tasik yang tenang. Nikmati pemandangan tasik dengan berbasikal di laluan basikal atau berjalan di atas denai. Sebagai alternatif, anda boleh membawa makanan ringan untuk berkelah dengan rakan-rakan anda dan merasakan ketenangan di taman.

Tiket masuk: NT$30 / RM4.00
? Waktu operasi: 06:00 – 19:00, namun tiket masuk hanya dibayar sebelum 17:30.
?No. 300, Jalan Huatai, Bandar Taitung, Daerah Taitung, Taiwan.

Tanda Mercu Antarabangsa untuk Instagram: Taman Pinggir Laut

Lawati Taman Pinggir Laut untuk pemandangan 360° gunung dan laut Taitung dengan berbasikal dari Taman Perhutanan Taitung. Nikmati pertunjukan cahaya muzik yang meriah pada waktu malam (8pm & 9pm) di mercu tanda tropika ini.

Tiket masuk: Percuma
? Waktu operasi: Sepanjang hari
?Jalan Datong, Bandar Taitung, Daerah Taitung, Taiwan 950

Photo credit: lun890229

Photo credit: jiang.316_

Waktu Malam di Pasar Hujung Minggu Kampung Muzik Tiehua

Kampung Muzik Tiehua dibangunkan semula dengan unsur baru. Rasakan suasana seperti karnival di sini dan nikmati muzik suku asli secara langsung. Di pasar hujung minggu, para penjual mempromosikan kraftangan suku, makanan tempatan dan hasil organik.

Tiket masuk pasar: Percuma
Persembahan muzik: Bayaran akan dikenakan
? Waktu operasi: Rujuk kepada laman web
?No.26, Lorong. 135, Jalan Sinsheng, Bandar Taitung, Daerah Taitung, Taiwan.