1. Timur Bertemu Barat: Rumah Agam Jalan Futai
Menelusuri peninggalan sejarah di Bandar Taipei, dari era penjajahan Jepun hingga Taiwan moden, di samping mengagumi nilai estetika seni bina Eropah klasik. Petua Insta: Kunjungi pada hari hujan atau mendung agar anda dapat menyerlahkan bangunan yang bersejarah dan memiliki suasana istimewa ini.

Alamat: No. 26, Yanping S. Rd., Zhongzheng District, Taipei 10043 Taiwan

Photo credit:wwm0915

Photo credit: rtr_egg

2. Jalan Kebebasan dan Kepelbagaian
Rainbow Six, tempat Insta terbaharu di Bandar Taipei merupakan simbol hak asasi manusia dan kesetaraan yang berdekatan pusat bandar. Sesampai di pintu keluar 6 Stesen MRT Ximen, anda akan terus nampak lintasan pejalan kaki yang berwarna-warni ini.

Alamat: B1F 32-1 Baoqing Rd, Zhongzheng District, Taipei, Taiwan

3. Bersantai di Air Terjun Gua Yinhe
Nikmati pendakian santai dengan pemandangan menarik ke sebuah tokong yang dibina di sisi tebing dan bersebelahan air terjun. Jangan terlepas peluang untuk bergambar di tangga sebelah belakang air terjun!

Alamat: No.68, Yinhe Road, Xindian District, New Taipei City, Taiwan 231

Photo credit: pptctw

Photo credit: esther_0311

4. Menyusuri Keindahan Maritim
Nikmatilah keindahan pelabuhan perikanan yang nostalgia! Jadikan landskap yang berbeza-beza dan budaya meritim selama berdekad-dekad sebagai latar belakang Insta anda. Pelabuhan ini dibina oleh Jepun pada tahun 1934 dan merupakan pelabuhan perikanan terbesar di Taiwan semasa era penjajahan Jepun. Walaupun kian dilupakan selepas itu, penampilannya yang realistik tak lekang oleh waktu.

Alamat: 202 At junction of Zhongzheng Rd. and Zhengbin Rd, Zhongzheng District Keelung City

5. Menghayati Keindahan Lautan Pasifik
Tanpa diragu-ragukan, Sekolah Rendah Liandong memiliki pemandangan tercantik di Taiwan Utara dengan terletaknya di lereng bukit yang menghadap Lautan Pasifik. Luangkan masa anda untuk mengambil seberapa banyak gambar di tangga yang menuju ke sekolah. Perlu diingatkan bahawa destinasi ini hanya dibuka kepada umum apabila tiada kelas dijalankan.

Alamat: 224, Ruifang District, New Taipei City

Photo credit: eddiehsu_0830

Photo credit: (宜蘭县政府)

6. Mencapai Taiwan Timur: Muzium Lanyang
Muzium ini terletak bersebelahan Pelabuhan Wushih yang asalnya sebuah pelabuhan makmur tetapi kini sudah menjadi tanah lembap. Muzium ini direka untuk mencerminkan sejarah, budaya dan pemandangan Lanyang yang unik. Selain membina semula sejarah pelabuhan tersebut, muzium ini juga memperkenalkan ekologi tanah lembap Yilan yang kaya sebagai sebahagian daripada pameran luar.

Alamat: Section 3, Qingyun Road, Toucheng Township, Yilan County, Taiwan 261

7. Syurga Bunga di Taiwan
Anda tidak perlu melancong jauh sehingga Perancis Selatan atau Belanda untuk menikmati hamparan bunga. Semuanya dapat disaksikan di Pesta Bunga Taoyuan! Rancangkan percutian anda ke pelbagai tempat mengikut jadual waktu pesta tersebut, anda pasti akan menjadi Instagrammer popular yang seterusnya!

Waktu berkunjung yang paling sesuai: hujung Oktober hingga hujung November
Alamat: YangMei, DaYuan, DaXi Districts, Taoyuan City

Photo credit: emily56902

Photo credit: tntbio0915

8. Jepun Mini di Taoyuan
Direka dan diilhamkan daripada seni bina tradisional Jepun semasa era Edo, Tamago no Takara Foreverland menjanjikan anda pengalaman seolah-olah berada di Jepun. Selain makanan jalanan yang enak, anda juga dapat bergambar dengan memakai pakaian tradisional Jepun yang boleh disewa di sini!

Alamat: No. 105, Sec. 3, Jinling Rd., Pingzhen Dist., Taoyuan City

9. Tempat Khas Insta di Persisiran Hshinchu
Sebagai salah sebuah tempat IG yang semakin popular di Hsinchu, Taman Shuiziyuan bukan hanya penuh dengan hiburan untuk kanak-kanak, malah juga dilengkapi kemudahan yang mesra Insta. Tidak kira sama ada seni bina berbentuk ikan belacak, jambatan pelangi atau laluan basikal tepi pantai, tempat-tempat Insta ini memang tidak harus terlepas!

Alamat: No.99 Caihong Road, Xiangshan District, Hsinchu City, Taiwan 300

Photo credit: xuyuz0522

Photo credit: a_moom_coffee

10. Menikmati Teh di Rumah Oriental
Direka sebagai rumah tradisional Jepun dengan gaya seni bina moden, bangunan ini kini berfungsi sebagai kafe dan merupakan tempat yang wajib dikunjungi oleh para Instagrammer. Nikmati pelbagai pilihan sarapan tengah hari sambil menghayati suasana di dalam bangunan bersejarah ini.

Alamat: No.199 Shengli Road, North District, Hsinchu City, Taiwan 300