Bata Emas: Tart Nanas

Pada akhir 1930-an, Taiwan merupakan pengeksport nanas ketiga terbesar di dunia. Ketika itulah cenderamata yang mesti kita beli, yakni tart nanas dicipta. Tart ini diperbuat daripada pastri mentega yang dipenuhi dengan inti nanas tempatan yang melambangkan kekayaan dan keuntungan. Anda boleh menjadikan tart nanas sebagai cenderamata terbaik untuk orang yang anda sayangi. ChiaTe dan Sunny Hills merupakan jenama yang paling terkenal dalam kalangan penduduk tempatan.

Photo credit: warm_and_food

Photo credit: ccrreami

Memuaskan Keinginan: Mi Segera

Anda tidak boleh terlepas mi segera Tawain dalam senarai beli-belah anda! Harganya berpatutan, rasanya enak dan terdapat pelbagai rasa. Jenama-jenama terbaik yang mudah didapati di mana-mana pasar raya ialah Mi Tseng, Uni-President dan TTL. Untuk mengoptimumkan ruang bagasi anda, pilihlah mi paket dan bukannya mi cawan.

Makanan Istimewa yang Mesti Cuba: Telur Besi

Telur besi ialah cenderamata yang khas dan hanya terdapat di Taiwan. Telur ini direbus dengan rempah-ratus lalu proses pengeringan dijalankan, jadi teksturnya kenyal, beraroma dan tahan lama. Telur Besi A-Po (Nenek) dianggap sebagai salah satu yang terbaik di pasaran.

Photo credit:  1eat2drink3shoot

Photo credit: loveliviagirls

Jimatkan Bajet: Snek Taiwan

Sekiranya kehabisan masa atau bajet, anda boleh mengunjungi ke pasar raya atau kedai serbaneka tempatan untuk membeli cenderamata. Pasar raya dan kedai serbaneka menawarkan pelbagai jenis makanan ringan yang berharga berpatutan. Kami mencadangkan Paf Mini Yimei, Gula Getah Yakult, Teh Susu Chuncui, Mi Sains, biskut telur gulung dan banyak lagi. Anda boleh mendapatkan makanan ringan ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!

Sihat dan Senang Dibawa ke Mana-mana: Buah Kering

Taiwan menghasilkan pelbagai jenis buah musim panas yang menyegarkan. Namun begitu, anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk membawa pulang buah-buahan segar. Jika begitu, pertimbangkanlah buah kering yang diproses sebagai alternatif. Pilihan-pilihan terbaik termasuk mangga, strawberi dan buah naga kering. Peruncit yang paling terkenal ialah Sunnygogo yang juga mempunyai cawangan di Lapangan Terbang Taoyuan.

Photo credit: yirouhong

Photo credit: ching_min07

Budaya Minum: Teh Taiwan

Kenalilah keindahan budaya teh Cina melalui teh Oolong Taiwan yang ternama. Teh Oolong merupakan salah satu eksport utama Taiwan sehingga tahun 1980-an kerana aroma dan rasa yang berbeza. Daun teh Oolong Ten Ren Alishan berkualiti tinggi boleh didapati di mana-mana pasar raya.

Beli untuk Penggunaan Masa Depan: Pupur muka

Siapa kata hanya boleh membeli makanan dan minuman sebagai cenderamata? Taiwan juga terkenal dengan produk kecantikan yang berkesan pada harga berpatutan. Pupur muka merupakan hadiah yang ideal untuk rakan wanita terbaik anda, seperti Dr. Morita, My Beauty Diary dan For Beloved One yang menyuburkan kulit muka anda. Lebih-lebih lagi, anda akan menerima bayaran balik cukai segera dengan pembelian anda!

Photo credit: cindy881122

Photo credit: reiikoyuii_

Mampu Milik dan Menyeronokkan: Mesin Cakar

Cenderamata boleh “ditangkap” dengan hanya token NT$10/RM1.50. Pergilah ke arked untuk mencari mesin cakar, masukkan token, kendali pemegang dan tangkap hadiah yang paling anda inginkan. Mesin-mesin ini diisi dengan hadiah bervariasi termasuk patung-patung, alat elektronik dan aksesori fesyen. Ini merupakan cara yang ekonomik, menarik dan menyeronokkan untuk memilih cenderamata dengan ikhlas!

Poskad Bergaya Taiwan

Sesetengah orang berpendapat bahawa poskad fotografi tradisional sudah ketinggalan zaman. Ingin meluahkan rasa terima kasih kepada rakan anda dengan kreatif? Pilihlah poskad kertas atau kayu yang terdapat pemandangan tempatan atau cetakan comel. Kedai-kedai tertentu menawarkan perkhidmatan pos percuma, cuba bertanya kepada pekedai sebelum membeli.

Photo credit:  kamay_amis

Tradisi & Berharga: Produk Orang Asli

Orang asli Taiwan menghasilkan pelbagai kraftangan, termasuk beg, pakaian, gambar, aksesori di kampung-kampung tempatan. Kraftangan ini juga dijual di kedai-kedai cenderamata di seluruh Taiwan. Selain mempamerkan gaya yang berbeza dengan warna dan pakaian tradisional, setiap kaum menghasilkan karya seni yang menampilkan gaya unik masing-masing.