Miso Membawa Keceriaan!

Mari belajar tentang miso organik yang pertama di Taiwan di Muzim Budaya Miso Taiwan. Selain mengetahui tentang proses penapaian atau mengambil gambar secara percuma, anda juga boleh mengikuti kursus DIY dengan bayaran sambil menikmati keceriaan unik semasa membuat miso!

? No. 701, Jalan Xishi, Kawasan Fengyuan, Bandar Taichung, Taiwan 420

Photo credit: fullfen

Photo credit: hycr9

Kesenian Kaca

Kuil Kaca Husheng merupakan kuil kaca pertama di dunia. Kuil ini mempamerkan keindahan seni kaca Taiwan tanpa menggunakan sebarang skru dalam pembinaan. Selain itu, Galeri Kaca Taiwan yang berdekatan juga mempamerkan karya-karya menakjubkan daripada seniman kaca tempatan.

? No. 30, Jalan Selatan ke-4 Lugong, Perbandaran Lukang, Daerah Changhua, Taiwan 505

Perumahan Laksamana

Jelajahi kembali ke tahun 1940-an dan rasakan suasana bersejarah dan kemanusiaan penghuni-penghuni di Perumahan Laksamana. Selepas mengalami kecantikan Ceongsam tradisional dengan percuma, anda boleh menyelami era peperangan dan perpindahan di Taman Budaya Desa Veteran Tentera Taiwan.

? Mingde No. 5 , Kawasan Zuoying, Bandar Kaohsiung, Taiwan 813

Photo credit: robertzona

Photo credit: will_chang7578

Ladang Garam Jingzaijiao Bercorak Ubin

Rasakan kegembiraan mengeringkan, memilih dan mengumpulkan garam tradisional di ladang garam tertua di Taiwan yang berusia hampir 200 tahun! Semasa matahari terbenam, permukaan garam umpama mozek. Ingatlah untuk menggunakan krim pelindung matahari sebelum melawat ke ladang garam ini.

? Jingzaijiao, Kampung Yonghua, Kawasan Beimen, Bandar Tainan, Taiwan 727

Mural Menarik di Haomeili

Kampung Lukisan 3D Haomeili terletak berhampiran dengan Gereja Tumit Tinggi Biru. Kampung ini merupakan perkampungan nelayan pertama yang memaparkan lukisan dunia laut 3D, dan juga salah satu lokasi media sosial terbaik dengan pelbagai tema. Cubalah makanan jalanan makanan laut yang popular seperti pankek tiram dan sebagainya.

? No.132, Huweiliao, Perbandaran Budai, Daerah Chiayi, Taiwan 625

Photo credit: ww._.0805

Photo credit: wenzlin

Hiburan Ceria Bersama Keluarga

Ladang Ternak Ji-Jheng terletak di Ruisui, yakni sebuah bandar yang terkenal dengan produk tenusu di Taiwan. Ladang ternak ini merupakan destinasi terbaik untuk aktiviti keluarga. Kanak-kanak berpeluang memberikan makanan kepada haiwan kecil dengan tangan, seperti kuda mini, kambing dan lain-lain. Cubalah susu dan ais krim mereka yang diperbuat daripada tenusu segar sambil berjalan-jalan di tepi Sungai Xiuguluan yang tenang.

? No. 230, Seksyen 3, Jalan Zhongshan, Perbandaran Ruisui, Daerah Hualien, Taiwan 978

Malam Berbintang

Bersedia untuk terpesona kerana Bima Sakti tanpa batas di “Malam Berbintang Taitung” dari April hingga Oktober. Setiap sesi hanya terhad kepada 20 orang. Para pengunjung boleh menyertai lawatan bintang di 14 buah lokasi yang tersedia dengan maklumat astronomi. Pengunjung berpeluang menikmati pemandangan menakjubkan di kawasan lapang, pergunungan atau tepi laut.

Photo credit: feng_851004

Photo credit: mikuhsu0417

Karya Jimmy Jelma Menjadi Nyata

Stesen Yilan mungkin merupakan stesen yang paling menawan hati di Taiwan kerana telah diubah menjadi dunia lakaran Jimmy. Berjalan lima minit ke Taman Jimmy dari Stesen Yilan, tibalah tempat ilustrasi klasik Jimmy dibawa ke dunia nyata. Impian peminat Jimmy menjadi kenyataan di sini!

? No. 240, Seksyen 1, Jalan Yixing, Bandar Yilan, Daerah Yilan, Taiwan 260

Benarkah Tart Nanas PERCUMA?

Memang benar! Pastri dan teh Oolong percuma disediakan di SunnyHills tanpa kewajipan berbelanja. Rasakan keramahan dan suasana yang bergaya selain membeli tart nanas mereka yang enak sebagai cenderahati. Anda pasti akan meninggalkan tempat ini dengan puas hati.

? No. 2, Lorang 1100, Jalan Bagua, Bandar Nantou, Daerah Nantou, Taiwan 540

Photo credit: taoyuantravel

Percuma Merendam Kaki di Luofutaiya

Taman mata air panas ini dikembangkan oleh kumpulan orang asli Taiya. Kolam yang bersuhu 37.3°C ini menyediakan mandian kaki percuma. Selain itu, taman ini juga mempunyai persembahan orang asli dan aktiviti budaya Taiya yang lain.

? No.140, Lorong Luofu, Kawasan Fuxing, Bandar Taoyuan, Taiwan 336