Di Taiwan, seni kaca terbahagi kepada dua kategori: pendekatan klasik Cina yang dipelopori oleh pengusaha industri kaca seperti Liuligongfang, dan karya tradisi orang asli yang dicipta di Dragonfly Beads Art Studio dan di bengkel-bengkel lain di Sandimen, sebuah kampung orang asli di bahagian selatan Daerah Pingtung. Sejak ditubuhkan pada 1987, Liuligongfang telah membina rangkaian kedai yang meluas dan berreputasi di Asia yang dicemburui oleh pesaing-pesaingnya. Kedai ini menjual barangan dekorasi termasuk bunga kaca dan pasu kaca yang berseni halus. Produk kaca di sini agak mahal tapi cukup berbaloi bagi setiap dolar yang dibelanjakan. Tiftot yang dibangunkan oleh salah seorang pengasas Liuligongfang, mengeluarkan variasi pinggan mangkuk meja kaca, patung kecil dan tongkol. Manik-manik kaca berwarna­warni yang cantik tidak terperi telah menaikkan nama Dragonfly. Manik tersebut mewakili warisan kesenian puak Paiwan and puak Rukoi. Manik-­manik boleh dijadikan gelang, rantai leher atau subang.