Lebih 800 orang tukang mahir membuka bengkel yang bukan untuk keuntungan di Chinese Handicraft Mart di pusat bandar Taipei. Mereka membekalkan lebih 40,000 barangan daripada lebih 40 kategori. Antaranya ialah peralatan gangsa, area batu dan kayu, kipas tangan, barangan kulit, skrol kaligrafi, barangan porselin dan pemberat kertas yang diinspirasikan daripada solekan wajah pelakon opera Cina. Barangan boleh ditempah di talian Internet atau melalui telefon [Tel:+886-2-2393-3655). Pekerja mart akan menguruskan urusan penghantaran. Kraf tradisi Taiwan termasuk kesenian orang asli yang boleh didapati di kedai hadiah dalam muzium dan dari rangkaian kedai Lovely Taiwan Foundation. Peminat eater patung budaixi boleh pergi ke Chang Yi Fang. Kedai ini bukan sahaja menjual patung tangan yang cantik berwarna-warni malah beg dan bekas pensil yang diinspirasikan daripada motif hiasan budaixi.