Membeli-belah

Teh Berkelas Dunia

Teh telah ditanam di Taiwan sejak 300 tahun lalu dan merupakan salah satu produk terawal yang dieksport ke luar negara. Teh kekal menjadi cenderahati popular yang ringan dan menyihatkan. Teh Oolong sangat bernilai, antaranya ialah Pouchong Oolong, teh hijau teroksida yang ringan, sering digambarkan sebagai berbunga­bunga. Tieguanyin yang bermaksud 'Iron Goddess of Compassion' atau secara literal Dewi Besi Nuraga, ialah teh Oolong unggul yang dihasilkan mengikut proses istimewa. Daun teh yang telah dipetik, dijemur di bawah mentari, disejukkan, diputarkan dalam mesin dan dijemur sekali lagi. Oriental Beauty ialah satu lagi jenis teh kerana pokok teh bergantung kepada sejenis serangga untuk membesar mengikut cara yang dikehendaki oleh petani. Racun serangga tidak pernah digunakan.Teh boleh dibeli terus daripada petani di tempat-tempat seperti Maokong di Taipei. Jika anda tiada masa untuk melawat ladang teh, anda boleh pergi ke kedai menjual produk teh di pusat bandar. Anda dipersilakan merasa sampel minuman campuran teh sebelum membuat pembelian.

 

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY