Membeli-belah

Arca Kayu

Sanyi di Daerah Miaoli sudah sinonim dengan ukiran kayu sejak era penjajahan Jepun pada 1895-1945. Pada awalnya, para pengukir tempatan menggunakan kayu-kayan untuk mencipta imej-imej yang berkaitan dengan agama Buddha. Sekarang terdapat pameran dan pertandingan ukiran kayu yang diadakan setiap tahun. Jadi para pengarca telah meningkatkan keupayaan dan gaya dalam penciptaan area kayu yang berseni halus. Bengkel dan bilik pameran seni kayu bertaburan di dua buah kawasan kejiranan. Kampung Guangsheng ialah tempat baru di bandar, di mana anda boleh lawati Wood Sculpture Museum yang popular di Sanyi. Manakala Jalan Shuimei yang dibarisi kedai-kedai kayu, berada di Lebuh Raya 13, di bahagian utara. Bandar ini ada lebih seratus kedai yang mencipta dan menjual cenderahati kayu serta galeri-galeri yang mempamerkan karya abstrak kayu yang dicipta oleh artis-artis ternama .Banyak pengusaha menghasilkan barangan kayu yang ditempah oleh para pelanggan.

 

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY