Membeli-belah

Gajet Berteknologi Tinggi

Ekspedisi membeli-belah tidak akan lengkap jika tidak meninjau gajet dan produk berteknologi tinggi buatan atau rekaan Taiwan. Terdapat berbilang gajet yang menjadikan kehidupan moden lebih mudah dan menyenangkan. Setiap bandar di Taiwan memiliki kedai-kedai'3C' (Computers, Communications, Consumer electronics) yang gelarannya diberi oleh penduduk tempatan. Gedung-gedung electronik sarat dengan kamera digital, peralatan komputer dan gajet-gajet berteknologi tinggi. Rangkaian kedai elektronik yang tersohor di Taiwan ialah Tsann Kuen ("3C") dan Sunfar. Di ibu kota, Guang Hua Digital Plaza padat dengan ratusan peniaga dalam satu bumbung, manakala NOVA Information Plaza telah meluaskan tapak asalnya yang berdekatan Taipei Main Station dan kini, plaza ini memiliki enam buah cawangan di sekitar Taiwan.

HUBUNGI KAMI

Suite 25.01, Level 25 Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel :+603-20706789 | Faks :+603-20723559 E-mel : tbrockl@taiwan.net.my

Waktu pejabat: Isnin - Jumaat 0900 - 1730 (* Hari cuti umum tutup)

Download Tour Taiwan App


Langgan newsletter kami!

Please wait

Main menu ms-MY