Biro Pelancongan telah mengadakan Perayaan Tanglung Taiwan beberapa tahun berturut-turut untuk menarik pelawat dan meningkatkan profil tarikan budaya Taiwan pada peringkat antarabangsa. Menurut tradisi, perayaan ini telah disambut dengan membawa tanglung-tanglung. Perayaan Tanglung Taiwan telah menggunakan teknologi canggih bersama-sama adat tradisional dan membawa perayaan tersebut ke peringkat antarabangsa. Daripada pameran tanglung bertema kepada kesenian dan persembahan rakyat, Perayaan Tanglung menjadi kegemaran pelawat tempatan dan luar negeri.