Perayaan Pertengahan Musim Luruh, juga dikenali sebagai Perayaan Bulan ialah masa percutian yang paling dipenuhi suasana romantis. Oleh sebab cuti ini terjatuh pada musim luruh, orang zaman dahulu memilih hari ini untuk menyembah dan bersyukur kepada tuhan atas hasil tuaian yang banyak apabila musim menuai berakhir. Perayaan ini telah menjadi masa keluarga berkumpul. Mitos yang paling biasa didengari mengenai perayaan ini ialah kisah Chang’e terbang ke bulan selepas meminum maulhayat suaminya secara diam-diam. Selain itu, terdapat juga kisah tentang Arnab Jed dan “Wu Gang menebang pokok kasia”.


Hari cuti ini telah dikenali sebagai “Hari Bulan” disebabkan kebanyakan aktiviti yang diadakan berkaitan dengan bulan. Aktiviti penting pada masa ini termasuklah makan kuih bulan yang melambangkan perpaduan dan kebersamaan, berjalan-jalan di bawah bulan purnama dan makan limau abung. Dalam istilah Cina, sebutan limau abung sama dengan sebutan “penjagaan dan perlindungan”. Barbeku yang memberikan masa bersama-sama keluarga dan rakan untuk berkumpul dan menikmati hidangan juga merupakan aktiviti popular percutian dan adat resam terbaharu di Taiwan.