Bersama dengan Tahun Baharu Cina dan Perayaan Pertengahan Musim Luruh, Perayaan Perahu Naga merupakan salah satu daripada tiga cuti tahunan tradisional utama Taiwan. Asal usul dan adat resam Perayaan Perahu Naga berkait rapat dengan pengingatan Qu Yuan, seorang penyair yang hidup pada Zaman Negara-Negara Berperang. Inilah sebab orang ramai juga memanggil Perayaan Perahu Naga sebagai “Perayaan Penyair” sejak zaman dahulu.


Pada masa Perayaan Perahu Naga, adat resam yang paling biasa diadakan ialah perlumbaan perahu naga dan makan ketupat Cina yang dipanggil zongzi. Legenda mengatakan bahawa apabila penyair Qu Yuan membunuh dirinya di Sungai Miluo, penduduk-penduduk tempatan mendayung perahu mereka merata-rata untuk mencarinya. Amalan ini perlahan-lahan berubah menjadi perlumbaan perahu naga. Pada hari ini, perlumbaan perahu naga merupakan aktiviti popular di Taiwan dan juga di luar negeri, banyak kawasan tempatan Taiwan akan mengadakan perlumbaan perahu naga tersendiri. Terdapat juga perlumbaan perahu naga antarabangsa setiap tahun dengan pasukan yang bersaing yang dating dari Taiwan dan luar negeri.


Amalan membuat zongzi merupakan hasil daripada orang ramai yang cuba menyelamatkan Qu Yuan daripada dimakan oleh ikan. Mereka akan menyumbat nasi ke dalam buluh dan membuang nasi tesebut ke dalam sungai sebagai makanan ikan. Kini, zongzi dibungkus dengan daun buluh dan dimakan oleh orang ramai.