Perayaan Tanglung Langit Pingxi merupakan salah satu aktiviti yang paling berwarna-warni sempena Perayaan Tanglung. Pingxi ialah sebuah bandar terpencil yang terletak di lereng bukit. Pada masa lepas, mereka yang bekerja atau bertani di kawasan pergunungan menghadapi risiko dirompak atau dibunuh, oleh itu, mereka telah menggunakan tanglung untuk memberi isyarat selamat kepada ahli keluarga. Kini, tanglung tidak lagi berfungsi sebagai isyarat, tetapi digunakan sebagai simbol aman dan tuah.