Pasar Malam Shilin 

Pasar malam yang terlintas dalam fikiran para pelancong ketika menyebut pasar malam Taiwan ialah Pasar Malam Shilin, yakni pasar malam paling popular dan terbesar di Kawasan Shilin, Taipei.

Para pelancong boleh menjelajah di lorong-lorong yang dipenuhi dengan gerai makanan yang menjual makanan tradisional dan makanan bergaya Taiwan seperti Tauhu Busuk, Ayam Goreng Taiwan, Telur Dadar Tiram dan Lempeng Daun Bawang. Pasar malam Shihlin merupakan pusat beli-belah yang paling sesuai untuk penduduk tempatan dan para pelancong kerana hanya beberapa minit berjalan dari Stesen MRT Jiantan.

Waktu operasi: 5.00pm – 2.00am

Pengangkutan: Naik Laluan Merah MRT ke stesen Jiantan. Setelah keluar dari Pintu Keluar 1, melintas ke pepenjuru jalan di sebelah kiri ke Pasar Malam Shilin.