Semua pulau di Penghu mempunyai bentuk muka bumi yang serupa, dan kebanyakan daripada mereka adalah rata. Air laut yang jernih, pantai memutih dan langit yang cantik menjadikan Penghu sebuah kawasan resort laut yang digemari. Kedua-dua arus cabang Kuroshio (semasa musim panas) dan arus pantai Tanah Besar China (semasa musim sejuk) melalui wilayah laut Penghu. Disebabkan oleh arus-arus ini kehidupan marin di kawasan ini amat kaya sekali, menjadikan Penghu sebuah bilik darjah yang sempurna untuk kajian biologi marin.
Semasa musim berhijrah, semua jenis burung melalui kawasan ini. Pelancong seringkali boleh menyaksikan pemandangan indah burung camar laut memburu, dan lebih daripada 200-jenis spesis burung yang berlainan di sini. Ini menjadikan Penghu satu lokasi hebat untuk memerhati burung. Pelancong juga boleh datang ke Penghu untuk memancing ikan dan menyelam; mereka boleh menaiki bot dan mengembara sekitar pulau-pulau berjiranan untuk menikmati pemandangan laut dan mengecapi percutian menyeronokkan di laut.

Laman Web