Hsinchu

Pengenalan

Daerah Hsinchu berceranggah dengan pemandangan menghijau yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Bandar Hsinchu yang diasaskan pada tahun 1733, merupakan bandar tertua di utara Taiwan. Ia berada di dataran iris berhampiran persisiran dan menjadi kebanggaan Taiwan sebagai ‘Windy City’ atau Bandar Berangin. Hsinchu Glass Museum ialah bangunan warisan Jepun yang telah dinaik taraf. Ia mempamerkan sejarah kesenian kaca dan industri komersil kaca di bandar ini sejak sekian lama. Dari kaca ke silikon, mari menuju ke Silicon Valley di hujung timur bandar, Hsinchu Science Park.

Dibangunkan pada 1981, inilah pusat teknologi Taiwan untuk produk komputer, kamera digital, optoelektronik dan banyak lagi cabang teknologi. Taman ini merupakan model asal yang diaplikasikan bagi taman-taman teknologi lain di China. Pihak pentadbir turut menyediakan sesi lawatan berbahasa Inggeris dalam kompleks ini.


  • Tempat lain yang meniadi tumpuan ramai ialah Leofoo Village, taman hiburan dan safari yang luas. Terdapat pelbagai kereta api luncur dan permainan yang mengujakan untuk kanak-kanak dan golongan dewasa, bertemakan Arab yang eksotik, Asia Tenggara, Pasifik Selatan dan koboi Amerika.
  • Naiki kereta api di Neiwan Branch Railway Line yang melalui landasan sempit dan curam ke puncak berbukit dari Bandar Hsinchu. Kini ia menjadi tarikan pelancong, namun dahulu, kereta api mengangkut kayu balak, batu kapur dan arang batu. Anda akan tiba di bandar Neiwan yang padat dengan penduduk Hakka. Nikmati keindahan alam semula jadi dengan merentasi Jambatan Gantung Neiwan dan menjamu  selera di restoran-restoran Hakka.
  • Anda pasti seronok melihat jalan-jalan dibarisi patung-patung karakter lucu dari buku komik yang popular seperti Brother A-San dan Great Auntie, ciptaan anak jati tempat ini, Liu Xing-qin. Lokasi menarik yang lain ialah bandar Beipu di Jalan Lama dan laluan trek Tasik Emei yang mempesonakan.

Galleri

Informasi

Leafoo Village

60, Gongzigou, Guanxi Township, Hsinchu County
Tel: +886-3-547-5665
Laman Web: http://www1.leofoo.com.tw/village/en