Taman Semula Jadi Nasional Gunung Shou

Pengenalan

Gunung Shou (Shoushan atau Gunung Panjang Umur) terletak di daerah barat daya, Bandar Kaohsiung. Gunung Shou ialah puncak bukit dengan ciri-ciri geologi terumbu karang yang menuju dari utara ke selatan. Terdapat banyak pokok yang tumbuh di gunung ini dan tempat-tempat pelancongan seperti Taman Gunung Shou, Tempat Beribadah Martyrs, Zoo, Kuil Qianguang, Kuil Faxing dan Kuil Yuanheng.


  • Menyusuri sepanjang laluan kaki di sebelah Zoo Gunung Shou, anda boleh sampai ke kawasan gua batu kapur di kawasan pemandangan Gunung Shou.
  • Menyusuri gua batu kapur yang berpusing-pusing, anda dapat melihat kristal dari batu susu seperti stalagmit dan tiang batu.
  • Menyaksikan keajaiban dan misteri ciptaan alam.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Taman Semula Jadi Nasional Gunung Shou

Informasi

Alamat: No. 301, Jalan Wanshou, Kawasan Gushan, Bandar Kaohsiung.

Tel: +886-7-522-1010

Laman Web: https://khh.travel/en/attractions/detail/402

Maklumat Pengangkutan

(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)

Pengangkutan

  • Lebuh Raya Nasional 1 → Sistem Persimpangan Kaohsiung → Jalan Zhongzheng 1 → Jalan Wufu 1 ke Jalan Wufu 4 → Jalan Gushan 1 → Jalan Wanshou.

Pengangkutan Awam

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) / Kereta Api Taiwan (TRA) / Bas:

  • Naik Kereta Api Taiwan (TRA) ke Stesen Kaohsiung, kemudian tukar ke bas Kaohsiung (No. 56) ke Stesen Zoo Gunung Shou.