Taoyuan

Pengenalan

Sungguhpun daerah ini menghadap persisiran barat laut, tarikan utama ialah tempat terpencil di kawasan berbukit. Cihu ialah salah sebuah tapak untuk vila desa Chiang Kai-Shek dan di sinilah beliau dikebumikan.

Ramai orang datang ke kawasan berlandskap indah ini untuk memberi penghormatan kepada beliau. Lokasi ini mengingatkan Chiang Kai-shek akan kampung halamannya yang berbukit di Tanah Besar China. Di belakang Cihu, terdapat hutan lama, hutan baru, laluan santai dan tasik berbentuk bulan sabit. Ia bekas tapak ketenteraan yang merupakan kawasan larangan, namun kini ia dibuka kepada umum.

Tapak CKS bersambung dengan tempat pengebumiannya bersama anaknya yang dipanggil Chiang Kai-shek dan Chiang Ching-kuo Cultural Park. Selepas Cihu, menuiu ke puncak berbukit ialah Lalashan atau Gunung Lala. Ia hutan simpan yang melindungi pokok-pokok gergasi seperti sipres yang berusia 500 tahun hingga 2,800 tahun, mapel dan bic.


  • Sementara di bahagian bawah cerun yang Iandai, terdapat ladang buah-buahan yang terkenal dengan keenakan buah belimbing batu, lai, plum, persimmon dan buah kiwi. Di kawasan kaki gunung, bandar lama Doxi yang berkembang maju di zaman diraja, telah dinaik taraf untuk pelancongan.
  • Jalan-jalan lama dibarisi bangunan gaya Baroque yang pernah dijadikan pejabat perdagangan Jepun, di mana telah bertukar meniadi kedai-kedai ukiran kayu dan produk logam. Bandar ini juga tersohor dengan makanan tauhu kering.
  • Taman Tema Window on China memaparkan replika-replika bangunan dan binaan terkemuka berskala kecil di China dan di seluruh dunia termasuk Kota Larangan Beiiing, Tembok Besar China dan Menara Condong Pisa.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Cihu
Lalashan
Daxi Old Street

Informasi

Window on China

60-2, Henggangxia, Gaoyuan Village,Longtan Township, Taoyuan County
Tel: +886-347l-7211
Laman Web: www.woc.com.tw