1. Alkisah pada Zaman Dahulu
Di sebuah kota yang tidak jauh, rakyat di sana diberkati oleh kerajaan yang berhiaskan lampu Krismas Disney yang mempesonakan. Kota ini bernama “Christmasland”. Kerajaan ini menyediakan satu-satunya pertunjukan cahaya 3D bertema Disney di Taiwan dari 13/11/2020 hingga 3/1/2021. Saksikan Kotak Muzik Dreamlike yang berhiaskan watak-watak dongeng pada skrin 360 darjah yang menyambut anda di pintu masuk utama.

Photo credit: chien_lan

Photo credit: gominkin

2. Jadilah Tetamu Kami!
Jadilah tetamu kami dan temui puteri-puteri Disney di Kastil Dongeng! Masa berlalu, kelopak bunga mawar berguguran, jadilah tetamu Belle di Hasrat Mawar Si Cantik dan Sang Raksasa (Beauty and The Beast Rose Wish). Jika anda berasa tertekan, kami mencadangkan anda untuk menjadi tetamu kami, mengambil gambar bersama dengan pemandangan indah yang tidak ada tandingannya!

3. Aku Nampak Cahaya
Adakah anda pernah melihat Rapunzel? Dia melarikan diri dari menara terpencilnya! Dia sangat merindukan cahaya di luar sama seperti dengan anda yang ghairah untuk bertemu dengannya di Menara Harapan (The Tower of Hope). Sekarang, dia berada di Bandar Taipei Baru, dengan berkelip-kelip di bawah cahaya bintang. Dia hadir sepanjang musim sejuk ini kerana terpesona oleh cahaya Krismas. Rambutnya gemerlap dan berkilauan. Jangan terlepas peluang untuk bergambar dengannya.

Photo credit: gominkin

Photo credit :Joanna_0413

4. Di Bawah Laut
Mereka mengatakan rumput sentiasa lebih hijau di seberang laut. Menurut kami, anda mesti mengunjungi Melodi Laut Si Duyung Muda (The Little Mermaid’s Ocean Melodies). Tapi, mengapa menyelam ke bawah laut sedangkan anda dapat menemui Ariel di Christmasland pada musim perayaan ini? Semua ikan di sini gembira dan anda juga akan bebas tanpa kerunsingan di sini!

5. Sebuah Dunia yang Serba Baru
Anda tidak berpeluang menjelajah dengan Aladdin di karpet terbangnya, tapi anda boleh menyertai Puteri Jasmine untuk menyambut tahun baru. Apakah azam baru anda untuk tahun 2021? Genie boleh merealisasikan impian anda di Bandar Keajaiban Aladdin (Aladdin’s City of Miracle)! Ingat, anda tidak boleh membuat lebih daripada tiga hajat, tapi kami yakin menyambut tahun baru bersama kami ialah salah satu hajat anda!

Photo credit: gominkin

Photo credit :Joanna_0413

6. Puteraku Akan Tiba Suatu Hari Nanti
Di Kastil Dongeng, selain Kotak Muzik Ajaib, Puteri Salji Putih, seorang yang tercantik mendiami di dalam Hutan Dongeng. Anda berasa selamat untuk mengembara di Hutan Impiannya, kebaikan dan kejahatan digabungkan dengan sempurna di sini. Para pengunjung dialu-alukan untuk berinteraksi dengan mereka dan mengenangkan detik-detik yang mengharukan.

7. Alice di Christmasland
Terpersona dengan Kawasan Lampu Pari-pari, termasuk Lebuh Hias Alice (Alice Boulevard). Bertemu dengan Kucing Cheshire di Wonderland juga. Oh Alice, pilihlah pintu dan laluan yang membawa anda ke tapak pengambilan gambar yang mempesonakan! Anda mungkin akan kembali pada hari lain akibat tidak sempat mengunjungi semua tempat dalam sehari!

Photo credit: taoweiwei

Photo credit: kia_huang_o2o4

8. Ketika Kamu Berhajat dengan Bintang
Tahukah anda, semua impian akan tercapai apabila anda berhajat dengan bintang? Kami mendengar hajat anda, jadi kami membawakan anda Disney-Christmasland! Impian ini menjadi kenyataan bagi kita semua. Rumah Baru Pinocchio sempurna menampilkan tempat permulaan pengembaraan Pinocchio dan Cengkerik Jiminy.

9. Pesta Dansa yang Mewah
Adakah anda mendapat jemputan ke Pesta Dansa dari kastil? Ini dilangsungkan di Kedai Cenderamata Kerajaan Ajaib (Magical Kingdom’s Merchandise Shop). Jom, pilihlah cenderamata yang paling sesuai untuk keluarga dan rakan anda! Tidak perlu menunggu ibu pari-pari anda, kerana anda boleh memilih watak utama yang anda inginkan di sini!

Photo credit: gominkin

Photo credit: aoaovillia323

10. Kenangan Indah Seumur Hidup
Setelah bersiar-siar di Plaza Sivik (Civic Plaza) dan Manor Impian di Banqiao (Banqiao Dreamlike Manor) yang indah, teruskan perjalanan ajaib anda di Kawasan Perniagaan Fuzhong (Fuzhong Business District). Christmasland yang bertema Disney di dunia ajaib ialah pilihan terbaik anda untuk menyambut tahun baru, malah sebuah tanah indah yang menawarkan penjelajahan yang seronok dengan kenangan seumur hidup untuk menghidupkan kembali impian masa kecil anda.