Hari Pertama Bertenaga Semula di Taichung
Anda memerlukan rehat yang secukupnya pada hari pertama tiba di Taichung. Menginap di Daerah Heping yang menawarkan penginapan yang indah dan bersantai di kawasan pergunungan Taichung.
Setelah berehat dengan baik di alam semula jadi, para tetamu boleh pergi ke destinasi lain di Taichung yang meriah dengan mudah.

Photo credit: rbisme0304

Photo credit: caramellyze

Hari ke-2 Menikmati Makanan Ringan di Taichung
Miyahara ialah seni bina bata merah yang dibina pada tahun 1927. Dekorasi dalamannya direka semula seperti Hogwarts dalam filem Harry Potter. Anda boleh memulakan lawatan makanan mini, dari makanan enak di pasar malam Hanxi yang berdekatan, kemudian terus ke Aiskrim Miyahara untuk mencuba aiskrim yang beraneka rasa.

Hari ke-3 Beraksi di Taichung
Jadilah pemandu go-kart di trek terbaik di Asia dengan berseronok di Perlumbaan Go-kart Lihpao. Kemudian, kunjungi Taman Bertema Lihpao untuk menikmati pemandangan Taichung. Anda boleh mencuba Sky Dream, yakni roda Ferris terbesar di Taiwan. Jangan lupa tarikan lain seperti taman air dan roller coaster.
Pada waktu petang, anda boleh menikmati hidangan teh di Muzium Biskut Matahari Taiwan dan menempah sesi DIY untuk belajar membuat biskut.

Photo credit: dora0323_tw

Photo credit: ian_lee_1120

Hari ke-4 Balik ke Masa Lampau: Jalan Tua Lukang, Changhua
Berjalan menyusuri Jalan Tua Lukang dan mengagumi warisan budaya dan sejarah yang terpelihara seperti perumahan tradisional Taiwan dengan pintu berukir, lengkungan yang rumit, peti surat hijau nostalgia dan jalan berjubin. Ingatlah untuk menikmati makanan tempatan seperti bubur millet.

Hari ke-5 Bersantai di Ladang Qingjing, Nantou
Nikmati saat yang relaks di ladang yang dikelilingi oleh alam dan udara yang segar. Anda boleh menghabiskan masa berkualiti di sini bersama dengan keluarga dan rakan.
Jangan terlepas untuk menonton pertunjukan memotong bulu biri-biri yang menghiburkan. Anda juga berpeluang berinteraksi dengan biri-biri yang comel!

Photo credit: jennivia525

Photo credit: bing_ben

Hari ke-6 Kawasan Tropika Yunlin
Yunlin ialah kawasan warisan pertanian di Dataran Jianan. Di sini, terdapat jambatan keluli Huwei dengan laluan pejalan kaki yang mempunyai pemandangan panorama. Selain itu, anda boleh melawat ke Empangan Hushan dan Loji Pemprosesan Kopi Gukeng untuk memahami budaya kopi sejak zaman penjajahan.

Hari ke-7 Pergunungan Chiayi
Segarkan diri di mata air panas yang menenangkan di Kawasan Pemandangan Nasional Siraya. Tidak jauh dari sana terdapat Ladang Dujiaosian. Anda sekeluarga dapat mendekati dan belajar tentang serangga ketika mengunjungi ladang tersebut.
Pada waktu senja, kunjungilah Takungan Tsengwen untuk menikmati pemandangan yang mempesonakan.

Photo credit: oliver101046

Photo credit: susuki64

Hari ke-8 Menikmati Makanan Lazat di Tainan
Tainan bersejarah dan kaya dengan budaya makanan. Salah satu makanan yang mesti dicuba ialah ais serut Jiangsui yang telah disajikan sebagai makanan tempatan selama hampir 100 tahun. Jangan lupa akan makanan sedap seperti Ninao Gelato, gulungan udang keluarga Zhou dan gulungan tiram keluarga Tan.

Hari ke-9 Tainan yang Ceria dan Natural
Jika anda mengunjungi ke selatan Taiwan, lawatan ke Muzium Angkatan Laut Teyang adalah ikonik. Anda boleh memahami sejarah perkembangan tentera laut di Taiwan sambil menerokai muzium tentera laut yang pertama di Taiwan.
Pada hari yang sama, anda boleh menikmati keindahan semula jadi Taman Nasional Taijiang dengan menaiki bot melalui terowang hijau Sicao.

Photo credit: ellen_ting

Photo credit: yaje8888

Hari ke-10 Tainan, Kota Warisan
Kembali ke era penjajahan Belanda di Taiwan dengan menyertai lawatan ke Menara Chihkan. Anda boleh mengetahui sejarah Tainan selama 300 tahun yang lalu.
Sebelum perjalanan anda berakhir, belilah cenderamata di Pusat Beli-belah Hayashi yang dibina pada zaman penjajahan.