Vegetarian menjadi trend baharu!
Sejak tahun 1990-an, veganisme di Taiwan semakin disukai oleh orang ramai kerana pengaruh gaya hidup yang lebih sihat. Banyak restoran vegetarian yang unik dijumpai di seluruh Taiwan. Pernahkah anda terfikir untuk mencuba sesuatu yang berbeza selain daripada cop ayam XXL, bihun tiram dan lain-lain yang sudah biasa di Taiwan? Mari kita lihat restoran-restoran vegetarian ini!

Photo credit: mrms_diary

Photo credit:  kuoelena

Rasa makanan kampung halaman di Taipei
Tempe ialah bahan utama vegetarian sebagai salah satu sumber protein mereka. Makanan ini sangat popular di Malaysia dan Indonesia. Sekarang, tempe juga diterima secara luas dalam kalangan vegetarian di Taiwan, seperti Ooh Cha Cha, sebuah restoran gaya hidup sihat Vietnam-California.

Selamat datang ke Hsinchu!
Budaya Taiwan dipengaruhi oleh Jepun kerana dijajah oleh Jepun sejak tahun 1895 hingga 1945. Bekas kediaman pelukis Taiwan Xiao Rusong yang bergaya Jepun menawarkan pameran seni dan lawatan berpandu. Para pengunjung berpeluang menyewa satu set Yukata dan benar-benar merasai budaya Jepun di sini. Jika ingin menikmati ramen vegetarian buatan sendiri, anda boleh mengunjungi Seed House.

Photo credit: mar.2.vege

Photo credit: zhu._.chen

Malam yang romantik di Taichung
Taiwan menghasilkan hasil pertanian sepanjang empat musim. Buah-buahan dan sayur-sayuran banyak digunakan untuk pelbagai resipi vegetarian. Anda boleh menempah di True Food TW untuk menikmati hidangan tanpa menu. Masakannya biasa disediakan menggunakan bahan bermusim. Selepas makan malam, anda boleh menikmati pemandangan malam Taichung di Gunung Chaoyang, Daerah Wufeng. Destinasi ini merupakan permata tersembunyi yang tidak boleh terlepas!

Menyokong petani lokal di Chiayi
Orang Taiwan terkenal dengan sifat peramah dan suka menolong, ini juga ditunjukkan antara hubungan pemilik restoran dengan petani lokal. Sebagai contoh, Honest Breakfast menyokong petani lokal yang menanam produk organik dengan mendapatkan bahan-bahan yang sihat untuk burger, sandwic dan mangkuk mil oat dan buah-buahan. Selepas sarapan yang enak, kunjungilah tempat-tempat menarik yang berdekatan, seperti Muzium Jubin Purba Taiwan.

Photo credit: honestbreakfast

Photo credit: nata_foodie904

Gabungan masakan vegetarian-Perancis di Tainan
“Cordon bleu” merupakan istilah Perancis bererti “pita biru” yang menunjukkan standard kualiti masakan tertinggi. Gabungan masakan Barat dengan Timur biasa didengar, tapi pernahkah anda mendengar tentang pita biru vegan-Perancis? Gabungan unik ini terdapat di Chi Kan West House yang terletak di lorong tersembunyi di belakang Menara Chihkan, Tainan.

Menikmati vegetarian dan fotografi di Kaohsiung
Vegetarian dan Zen saling berkait rapat dengan falsafah ketenangan dan relaksasi yang merupakan cara hidup yang semakin popular. Reka bentuk dalaman Wu Wo Cha Chan yang minimalis dan menu vegetarian semula jadi membolehkan anda  menjauhkan diri daripada kehidupan kota yang sibuk. Anda boleh bergambar dan bersantai di Hiasan Kerusi (Chair Score) dan Chaishan.

Photo credit: zxf013

Photo credit: veggiecozylife

Nasi bertemu pai di Taitung
Quiche (Doh pai) merupakan hidangan klasik Perancis yang mempunyai pelbagai rasa dan diisi dengan inti sedap. Quiche diluaskan ke pelbagai tempat termasuk di Taitung, tempat asal beras Chimi. Bukan penggemar nasi? Kunjungilah Wu Lou Pie Pie untuk menikmati waktu petang yang santai. Anda boleh menikmati quiche vegan yang disediakan oleh cef Perancis di sini.

Hualien yang mementingkan kesihatan
Hualien ialah daerah yang menawarkan makanan vegetarian yang enak dan tidak terbatas. Anda boleh menjumpai bufet vegetarian yang enak dan sihat di Snail Sufood. Restoran ini terletak sekitar 30 minit perjalanan dengan kereta dari Kawasan Pemandangan Chisingtan. Makanan yang beragam di restoran bufet selalu menyebabkan pembaziran makanan, ingatlah untuk menambah makanan anda dengan wajar.

Photo credit: cloudfoodie

Photo credit: k21030mind

Stimbot sayuran di Yilan
Menikmati stimbot yang lazat pada malam musim sejuk adalah bahagia. Walau bagaimanapun, stimbot merupakan unsur penting dalam budaya makanan Taiwan. Orang ramai makan stimbot di bilik berhawa dingin sepanjang tahun. Terdapat pelbagai rasa bagi sup, termasuk cendawan, susu dan kari! Dream Come True B&B merupakan salah satu lokasi untuk mendapatkan stimbot sayuran yang berkhasiat.