Pengenalan

Laluan ini menyusuri pesisir pantai ke arah timur dari Danshi ke Sanzhi dan Shimen sebelum tiba di kolam mata air panas Jinshan dan Yeliu yang terkenal dengan pembentukan geologinya. Lawatan sehari yang nyaman ini padat dengan memori tidak terkira yang dipenuhi oleh panorama pemandangan laut yang indah dan bukit-bukau yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan tropika yang lebat.

1. Pusat Pelawat dan Galeri Sanzhi

Sanzhi amat terkenal dengan warisan rakyat tempatan dan pertaniannya yang produktif. Galeri Sanzhi mengetengahkan personaliti terkenal dari kawasan itu.

Mesti-lihat: Rumah Yuanxing
Masa: 30 min (anggaran)

2. Teluk Baisha

Batu karang dan cengkerang laut terdampar adalah rahsia pasir teluk ini yang halus dan putih. Pengalaman menyaksikan pelbagai bentuk alunan ombak dan hidupan tepi pantai yang banyak menjadikan Teluk Baisha hebat sekali untuk menjelajahi ekologi ombak.

Mesti-lihat: Matahari terbenam
Masa: 30 min (anggaran)

3. Plaza Perkahwinan Shimen

Berwarna putih terang dan dilimpahi dengan suasana berinspirasikan Aegean, plaza ini merupakan satu hentian kegemaran yang menjadi pilihan untuk pasangan baru berkahwin dan pasangan kekasih yang ingin mencari untuk merakamkan memori sekali seumur hidup.

Mesti-lihat: Ladu nasi kukus Shimen (seberang jalan dari plaza itu)
Masa: 15 min (anggaran)

4. Taman Memorial Teresa Teng

Taman berlanskap yang cantik dan damai ini merupakan tempat rehat terakhir untuk penyanyi yang begitu lunak suaranya yang telah memikat hati seluruh generasi.

Mesti-lihat: Patung marmar biduanita legenda Teresa Teng
Masa: 20 min (anggaran)

5. Muzium Juming

Muzium luar/dalam didedikasi untuk mempamerkan hasil ciptaan artistik arca terukir kasar bersaiz besar oleh pengarca keturunan asli Taiwan yang terkenal Ju Ming.

Mesti-lihat: Siri arca “Tai Chi” Juming
Masa: 1 jam (anggaran)

6. Jalan Pekan Lama Jinshan

Jinshan merupakan satu-satunya bandar di sepanjang Pantai Utara dengan kawasan jalan pekan lama yang sudah dibaikpulih. Nikmati suasana kawasan jalan pekan lama ini yang telah berusia sekurun lamanya di samping mencuba beraneka jenis makanan dan snek lazatnya.

Mesti-lihat: Hidangan daging itik istimewa Jinshan
Masa: 1 jam (anggaran)

7. Taman Shitoushan

Terletak dalam jangkauan pejalan kaki dari kawasan Jalan Pekan Lama, Taman Shitoushan mendampari satu tanjung, dengan satu pemandangan pesisir pantai yang begitu menawan dan pemandangan terbaik kepulauan Twin Candlestick.

Mesti-lihat: Kepulauan Lazhu (Twin Candlestick)
Masa: 1 jam (anggaran)

8. Taman Geologi Yehliu

Taman Geologi Yehliu dipenuhi dengan “hoodoos”, formasi batu-batan yang dibentuk oleh angin dan air dalam tempoh beribu-ribu tahun sehingga menjadi bentuk-bentuk yang aneh, termasuk “Queen’s Head” Nefertitiesque yang amat terkenal itu.

Mesti-lihat: Formasi batu-batan Queen’s Head
Masa: 1 jam (anggaran)

9. Teluk Feicui (Hijau)

Hamparan pasir putihnya yang panjang lebar menjadikan Teluk Feicui tempat yang ideal untuk aktiviti air musim panas kawasan Pantai Utara yang menyeronokkan, dengan satu rangkaian luas peralatan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Mesti-lihat: Aktiviti-aktiviti air
Masa: 1 jam (anggaran)

Bas Pelancong Taiwan (perkhidmatan biasa bus ke tapak-tapak tempatan)

(MULA) Stesen MRT Danshui ⇄ Pusat Pelawat dan Galeri Sanzhi ⇄ Pusat Pelawat Teluk Baisha ⇄ Tokong Xinshibawanggong (Plaza Perkahwinan Shimen) ⇄ Muzium Juming ⇄ Jinshan (Jalan Pekan Lama) ⇄ Taman Shitoushan (Pusat Pelawat Jinshan) ⇄ Taman Geologi Yehliu ⇄ Teluk Feicui (Hijau) ⇄ Stesen TRA Keelung (AKHIR)

Jumlah Masa Kembara: 2.5 jam (mula hingga akhir)
Pergi ke Sana: Naiki bas Pelancong Taiwan Crown Laluan Pantai Utara dari Stesen TRA Keelung
Tambang: dikira mengikut jarak kembara atau beli pas sehari-penuh untuk NT$200
Hotline: 02-2432-3185 atau 02-2621-3340
Laman Web: www.taiwantrip.com.tw