Pengenalan

Lawatan ini lebih mendalam bermula dengan seleksi tapak kebudayaan utama di Taipei, kemudian menuju ke persisiron timur yang terpencil. Muka buminya yang berceranggah dan sempurna cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang tidak diusik oleh pembangunan. Setelah kembali sebentar ke Taipei, perjalanan diteruskan ke kawasan luar bandar di utara unfuk melihat bandar pembuatan barangan seramik.

Sasaran Lawatan

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan > naik bas ulang alik ke Taipei > makan malam di Ali Baba’s India Kitchen (makanan Halal) > Taipei 101 (balai cerap) > bermalam di hotel pelancongan antarabangsa.

CKS Memorial Hall > lawatan bandar > National Palace Museum > makan tengah hari di Sarena Indian & Pakistani Halal Restaurant > Taipei Grand Mosque > ke Yilan > National Center For Traditional Arts > bermalam di Shangrila Leisure Farm (makanan Halal)

National Palace Museum

  • Ia merupakan salah sebuah muzium terbaik dunia yang menyimpan khazanah artifak China terbanyak dan bermaklumat lengkap, yang terletak di kawasan indah.
  • Muzium ini mengandungi 700,000 karya seni yang tidak ternilai dan 650,000 koleksi peribadi milik maharaja-maharaja China sejak beberapa milenia yang lalu. Hanya sebahagian sahaja yang dipamerkan pada satu-satu masa. Majoriti barangan pameran ditukar pada setiap tiga bulan.
  • Lawatan yang dibimbing dalam bahasa Inggeris dan audio ada disediakan. Pastikan anda meluangkan masa juga di Taman Zhishan, bersebelahan muzim, yang memiliki landskap eksotik gaya diraja.

Taipei Grand Mosque

  • Ia merupakan tapak seni bina yang tersohor dengan dewan solat setinggi 15 meter. Warna konkrit bangunan kelabu namun warna estetik ditambah pada kubah biru, menara dan mozek.
  • Dibuka kepada khalayak umum dari Isnin hingga Jumaat di luar waktu solat. Bagi Solat Jumaat, ia dibuka hanya kepada orang Muslim bermula lepas pukul 12 tengah hari.

National Center For Traditional Arts

  • Tempai ini ada muzium, teater, bengkel kraf tangan dan kedai makan. Fasiliti yang luas dan lengkap ini meraikan budaya rakyai Taiwan dengan mempamerkan seni ukiran kayu klasik dan kraf tangan lain, arca kuil, persembahan patung tangan dan opera.
  • Ia terletak bersebelahan Sungai Dongshan, di kawasan seluas 24 hektar. Salah satu tarikan di pusat ini ialah jalan lama yang dibaik pulih sama seperfi di zaman kuno.

Hualien Country > Taroko National Park> makan tengah hari di Chang Chun Teng Orgonic Vegetarian Restaurant atau Hotel Parkview > melawat Hualien Farglory Ocean Park atau menyertai lawatan memerhati ikan paus bermalam di Farglory Hotel Hualien (menghidangkan makanan Halal)

Taroko National Park

  • Walaupun tidak seunggul Grand Canyon, Taroko Gorge, tarikan utama di taman ini yang tinggi mengawan, akan membuktikan bahawa ia merupakan pembentukan alam semula jadi yang amat menakjubkan yang anda belum pernah lihat sebelum ini meskipun anda telah jauh mengembara.
  • Lebuh raya Central Cross-Island Highway yang berlingkar sepanjang l9 kilometer, merentasi kawasan ini. Jalan ini dibina dan dipahat dari dasar cenuram dan ada selekoh yang diteduhi cenuram sehingga tiada cahaya mentari menembusinya.
  • Di sepanjang jalan, terdapat tempat hentian, laluan pejalan kaki dan papan maklumat dalam bahasa Inggeris. Ambil kesempatan untuk berjalan di laluan trek mudah dan pendek sehingga ke laluan trek yang sukar dan panjang.

Parkview Hotel

  • Hotel 5-bintang yang pertama di Hualien menawarkan pemandangan pergunungan yang menghijau dan Lautan Pasifik yang membiru.
  • Pusat peranginan yang berorientasikan keluarga ini ada kolam besar di luar, taman air di dalamnya, pusat kesihatan, taman permainan dan fasiliti untuk aktiviti memanjat dinding batu, gelanggang skuash, ping pong dan biliard.

Hualien Farglory Ocean Park

  • Keseronokan keluarga yang berganda-ganda — ikan lumba-lumba, singa laut, manatee, dunia dalam air, pertunjukan air, pameran ekologi marin, istana cerita dongeng, lagun, Roda Ferris, bot langgar dan menaiki kereta kabel untukmenyaksikan pemandangan lautan yang berombak.
  • Akuarium di tempat ini ada tangki tinjau dalam air dan aktiviti-aktiviti interaktif. Tarikan Utama di sini ialah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali haiwan marin dengan lebih dekat lagi, di bawah pengawasan para petugas.

Farglory Hotel

  • Hotel ini bercirikan seni bina Victoria yang dibina di alas bukit tinggi yang menghadap Farglory Ocean Park. Tempat ini penuh dengan fasiliti bertaraf tinggi khusus untuk keluarga yang melancong bersama.
  • Mereka boleh bergembira di kolam mandi terbuka, spa dan gim seria menjamu selera di beberapa restoran. Kanak-kanak sukakan Fire Dance Plaza, fasiliti jamuan BBQ, landskap gunung berapi bualan manusia dan pemandangan lautan dan pergunungan yang saujana mata memandang.

East Coast National Scenic Area > Taitung > Pakeriran Artist Village atau Bracelet Workshop > makan tengah hari di East Seacoast Resort Hotel (makanan laut) > XiaoYeliu Scenic Area > bermalam di Formosan Naruwan Hotel & Resort Taitung (terdapat makanan Halal dan persembahan tarian orang asli)

Pakeriran Art Village

  • Projek Art Space atau Ruang Seni diasaskan oleh puak Amis. Nama ‘Pakeriran’ berasal dari teluk berbentuk U di mana perkampungan para residen artis berada.
  • Mereka terdiri daripada pengukir kayu, pengarca, pemuzik dan kumpulan teater. Kumpulan Cepo diuruskan oleh golongan yang lebih tua. Mereka mementaskan kisah-kisah kuno mengenai puak mereka.
  • Perkampungan ini menampilkan dewan pameran, studio seni, teater terbuka di persisiran, ruang muzik dan kawasan rekreasi.

Xiao Yeliu Scenic Area

  • Di persisiran timur, sejarah geologi Taiwan yang berceranggah terpamer indah di taman ini. Wujud arca-arca semula jadi yang luar biasa seperti batu tauhu, batu cendawan, batu penyu dan batu sarang lebah. Jenis batu-batuan di sini ialah shal dan batu pasir.
  • Di dalam pusat pelawat terdapat pameran-pameran tentang geologi tempatan dengan binaan model berskala kecil yang sempurna. Disediakan sedikit penerangan dalam bahasa Inggeris. Wilayah pemandangan ini ada tapak perkhemahan dengan lubang BBQ, tandas dan bilik mandi.

Naruwan Formosan Hotel & Resort

  • Oasis bertaraf 5-bintang ini cukup menawan, di mana kesenian dan kebudayaan orang asli pulau ini diraikan dengan persembahan lagu popular dan tarian. Pertunjukan diadakan setiap malam di ruang pentas terbuka yang dipersembahkan oleh penari-penari dari puak Amis and puak Puyuma.
  • Di seluruh hotel, dihiasi dengan ukiran menarik bertemakan orang asli dan dekorasi lain. Terdapat juga kolam selesa terbuka dan kawasan spa-kolam.

Penerbangan balik ke Taipei> Wufenpu Shopping Area > makanan tengah hari di Aaleja Pakistani & Indian Halal Restaurant > Yingge Pottery Old Street dan Yingge Ceramics Museum > makanan malam di Thai Food House Restaurant (makanan Halal) > bermalam di hotel pelancongan antarabangsa

Wufenpu Shopping Area

  • Seluruh blok kawasan ini sendat dengan beratus-ratus pemborong yang menjual kepada individu-individu. Bermacam stok ada untuk memenuhi kehendak anda yang mencari fesyen pakaian dan aksesori terbaru. Kawasan ini terletak di belakang MRT Houshanpi Station.
  • Daerah ini padat dengan kedai-kedai yang menjual pakaian trendi, aksesori, kasut, topi dan produk lain pada harga yang sangat rendah. Stok dibawa masuk dari sekitar Taiwan dan diimport dari Hong Kong, Jepun, Korea Selatan dan negara lain. Kedai-kedai ini membekalkan variasi barangan yang bermacam stail, untuk semua peringkat umur dalam semua saiz.
  • Kawasan ini menentukan perkembangan fesyen terkini di mana kedai-kedai mempamerkan fesyen yang patut diikuti pada setiap musim. Malah selebriti tempatan sering dilihat membeli-belah di sini.

Yingge Old Paottery Street

  • Jalan berturap batu bundar yang berorientasikan pelancong ini dibarisi oleh kedai-kedai seramik yang menjual semua jenis produk seramik, dihasilkan oleh relau tempatan, daripada barangan rumah sehingga ke karya-karya sofisiikated.
  • Sebilangan daripada lebih 100 buah kedai di sini ada bengkel di mana pelawat boleh melihat para artis bekeria, menawarkan sesi kraftangan seramik dan menyediakan perkhidmatan penghantaran produk ke luar negara untuk pelanggan.
  • Pada huiung minggu, para pengunjung dihiburkan dengan persembahan jalanan dan terdapat beberapa buah kopitiam dibuka di tempat ini.

Yingge Ceramics Museum

  • Semua perkara yang anda ingin tahu tentang dunia industri seramik di Taiwan ada di sini. Anda boleh melihat pameran periuk-periuk nenek moyang orang asli, kesenian bumbung kuil China, peralatan bilik air dan dapur moden, dan produk-produk berteknologi tinggi di masa depan.
  • Terdapat juga pameran karya-karya kontemporari yang telah memenangi anugerah. Residen artis ada bengkel dan membantu membuat kraftangan seramik.
  • Children Experiencing Room atau Bilik Alami Kanak-kanak ialah kawasan eksperimen seramik yang dikhaskan untuk kanak-kanak berusia 4 ke 8 tahun. Mereka digalakkan bermain dengan tanah liat.
  • Muzium ini sendiri merupakan karya seni indah dengan taman terbuka yang dipenuhi ciptaan seni halus seramik. Bimbingan dalam bahasa Inggeris disediakan dan kumpulan berjumlah 20 hingga ke 80 orang boleh menempah lawatan yang dibimbing oleh seorang pakar seramik.

Menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan > berlepas dari Taiwan