Mochi

mochi

 

Pada awalnya, mochi (kuih pulut) disebut “doushu” (kuih kacang) dalam masyarakat Taiwan tetapi kemudiannya dikenali sebagai “mochi” kerana dipengaruhi oleh pencuci mulut Jepun “wagashi” pada zaman penjajahan Jepun. Mochi ialah salah satu hidangan yang mewakili budaya orang asli Taiwan dan orang Hakka. “Dulun” orang Amis pula merupakan versi yang lebih kenyal dan diperbuat daripada jagung tanpa isi.

Kebelakangan ini, Hakka mochi telah menjadi perhatian orang ramai disebabkan oleh Mochi Tseng di Hualien. Encik Tseng berpindah dari bahagian barat Taiwan ke Hualien dan beliau membuka sebuah kedai yang menjual mochi tradisional gaya Hakka. Mochi Encik Tseng dibuat secara tradisional, dengan mengisar pulut menggunakan tangan, menekan pulut hingga kering, kemudian berulang kali menguli doh untuk mendapatkan tekstur lembut padat yang kenyal tetapi tidak melekit. Isi yang kaya dengan perisa telah menjadikan mochi hidangan kegemaran tempatan dan keistimewaan Hualien.

 

Teh

Teh 2

 

Taiwan, dengan reputasi sebagai empayar teh, mempunyai topografi dan iklim yang sesuai untuk menanam pokok teh. Terdapat berbagai-bagai jenis teh di Taiwan, antaranya Teh Wenshan Baozhong, Teh Dongding Oolong (Wulong), Teh Pekoe Oolong (Baihao Wulong) dan Tie Guanyin merupakan empat jenis teh yang popular.

Anda boleh membeli semua jenis teko di kedai serbaneka atau kedai teh. Anda juga boleh mengunjungi Yingge, ibu kota seramik Taiwan, jika barang yang anda ingin beli bukan sekadar teko untuk memasak teh tetapi juga budaya porselin. Jalan Jianshanpu di Yingge ialah kawasan pejalan kaki yang baru direka dan seluruh kawasan beli-belah tersebut penuh dengan pelbagai produk porselin. Inilah tempat terbaik untuk anda membeli teko dan melihat-lihat kawasan sekitar.

Kedai serbaneka dan pasar raya utama mempunyai gerai khas yang menjual teh, menjadikan minuman nasional ini mudah didapati. Selain itu, uncang teh juga dijual, anda dapat menikmati teh dengan cara yang mudah.

 

Jeruk Limau Kumkuat

Jeruk Limau

 

Jeruk limau kumkuat merupakan sejenis makanan yang masyhur di Taiwan. Jenis kumkuat yang digunakan untuk membuat jeruk berasal dari Daerah Oujiang di Wilayah Zhejiang manakala di Taiwan, kumkuat ditanam secara meluas di kawasan Yilan. Perbandaran Jiaoxi, Yuanshan dan Sanxing juga merupakan kawasan penanaman utama kumkuat serta telah menghasilkan hasil tempatan setinggi 90% kerana berkat iklim hujan, saliran yang baik dan kawasan perlindungan daripada angin laut dan ribut. Buah kumkuat dituai dari bulan November hingga Februari, dengan pengeluaran puncak pada bulan Disember dan Januari. Kulit kumkuat kaya dengan rasa kemanisan semula jadi. Kulit Kumkuat merupakan makanan ringan dan minuman yang popular kerana merangsang penghasilan air liur, membantu proses penghadaman dan melegakan sakit tekak.

 

Kuih Matahari

suncake

 

Pada zaman  awal Republik, seorang pembuat roti Taichung, Wei Ching-hai memperbaik resipi kuih malt tradisional dan berjaya mencipta kuih matahari yang dikenali hari ini. Kuih matahari mengandungi isi gula malt dalam kulit pastri keemasan daalam bentuk bulat rata sebesar tapak tangan supaya mudah dimakan. Hidangan ini dinamai sedemikian kerana berbentuk serupa matahari.

Kuih matahari juga dikenali sebagai “xibing” (kuih muih yang sedap) kerana teksturnya yang halus dan digemari oleh orang kaya raya. Kuih matahari juga dikenali sebagai “paobing” (kuih yang direndam) kerana biasanya dicelup ke dalam air kacang soya panas untuk melepaskan perisa malt dan melembutkan tekstur untuk mudah dimakan oleh warga emas dan kanak-kanak yang mempunyai gigi susu. Taichung dikatakan sebagai tempat kelahiran kuih matahari dan tempat asal kepada beberapa buah kedai roti lama yang pakar dalam membuat hidangan ini. Kuih matahari merupakan hadiah cenderahati yang popular dalam kalangan pelawat yang melancong di bahagian tengah Taiwan.

 

Tart Nanas

pineapple cake

 

Nanas ditanam secara meluas di Taiwan. Taiwan juga terkenal dengan nanas dalam tin, minuman nanas dan jem nanas. Tart nanas juga boleh diperbuat daripada buah nanas, dengan rasa manis dan masam nanas, kulit tart yang gebu dan cair dalam mulut anda, pasti berbaloi untuk merasainya… dan banyak lagi!

 

Kek Gula Perang

Kek Gula Perang

 

Kek gula perang berkembang daripada sejenis kek span kukus yang digunakan untuk menyembah nenek moyang. Kek gula perang dipercayai dibawa ke Penghu oleh pendatang awal dari Okinawa, yakni sebuah pulau yang terkenal dengan gula perang. Kek gula perang yang terkenal di Penghu hari ini, pertama kali dihasilkan oleh pembuat roti Ryukyu yang berasal daripada keluarga Maruhachi.

Walaupun kek gula perang pada asalnya hanya digunakan sebagai bahan persembahan, bakeri tempatan sekarang membuat hidangan ini untuk memenuhi permintaan pelancong yang semakin meningkat. Dengan menggunakan teknologi baharu, kek masa kini lebih lembut dan kurang manis berbanding dengan kek yang dahulu. Kek gula perang juga dibungkus dengan cantik dan menjadi cenderamata popular di Penghu.

 

Mihun

Mihun

 

Kononnya, mihun pertama kali tiba di Taiwan melalui Fujian, Tanah Besar China. Kini, Mihun Hsinchu dan Mihun Fengkeng ialah dua jenis yang terkenal bagi ruji popular ini. Iklim di Hsinchu ideal untuk pembuatan mihun yang memerlukan cahaya matahari dan angin yang cukup ketika proses pengeringan udara. Mihun yang terhasil dalam iklim ini kenyal dan tidak menjadi lembik apabila direbus. Industri mihun berakar di Kampung Fengkeng, Daerah Changhua lebih daripada satu abad. Orang asli di Fengkeng juga telah membawa kemahiran membuat mihun mereka ke Puli yang berdekatan sehingga menjadikan pekan itu satu lagi tempat pembuatan mihun yang terkenal.

Perbezaan terbesar antara Mihun Hsinchu dengan Mihun Fengkeng disebabkan oleh langkah pembuatan terakhir. Mihun Hsinchu direbus dengan wap dan kemudian dikeringkan udara untuk mengekalkan lebih banyak rasa asli beras. Sementara itu, Mihun Fengkeng direbus air sebelum dikeringkan udara untuk menambah kekenyalan.

 

Biskut Lidah Lembu

Biscuit Lidah Lembu

 

Biskut popular ini dinamakan mengikut bentuk yang seperti lidah yang panjang dan bujur. Yilan dan Lukang ialah kawasan yang terkenal untuk biskut lidah lembu di Taiwan.

Biskut Lidah Lembu Yilan adalah panjang, lebar dan nipis. Bahan-bahan diuli menjadi doh dengan tangan, digulung rata, ditumbuk tengah dengan pisau dan dibakar sehingga menjadi tekstur seperti biskut yang rangup. Sebaliknya, Biskut Lidah Lembu Lukang berbentuk bujur dan tebal. Biskut tersebut dibakar atau digoreng, berbentuk kepingan dan rasanya sedikit manis dengan isi gula malt.