Era pascapandemik hampir tiba dan pemulihan pelancongan antarabangsa juga semakin hampir. Sementara itu, pemasaran pelancongan antarabangsa Taiwan juga telah menerima beberapa berita baik. Pada 1 Jun, Taiwan diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC)” dalam majlis “Anugerah Pelancongan Halal” yang julung kali diadakan oleh CrescentRating. Taiwan juga mengekalkan tempat kedua dalam kalangan destinasi pelancongan negara-negara bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dunia dalam Mastercard-CrescentRating “Global Muslim Travel Index (GMTI) 2022” kerana Taiwan menyediakan persekitaran pelancongan yang mesra Muslim.


Disebabkan pertimbangan keselamatan COVID-19, Timbalan Ketua Pengarah Biro Pelancongan Taiwan, Dr. Trust Lin, Hsin-Jen menerima anugerah itu secara dalam talian. Lin berterima kasih kepada CrescentRating kerana mengenal pasti usaha Taiwan dalam meningkatkan persekitaran mesra Muslim. Untuk mengalu-alukan rakan-rakan Muslim melancong ke Taiwan selepas pandemik dan membantu rakyat Taiwan mengenali lebih mendalam tentang rakan-rakan Muslim, Biro Pelancongan Taiwan telah memperluas promosi makanan dan budaya Muslim termasuk menubuhkan pavilion Muslim di “Pameran Masakan Taiwan” pada Ogos ini.


 CrescentRating telah bekerjasama dengan Mastercard setiap tahun untuk GMTI. Majlis “Anugerah Pelancongan Halal” yang julung kali diadakan itu mengiktiraf destinasi, organisasi, syarikat dan individu yang telah memberikan impak besar dalam pelancongan gaya hidup Muslim. Taiwan dianugerahkan “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC)” sebahagian besarnya kerana mendapatkan tempat kedua dalam laporan GMTI. Ini menunjukkan pencapaian Taiwan dalam menyepadukan sumber pelancongan Muslim serta menunjukkan keramahan dan kehormatan rakyat Taiwan terhadap semua budaya dan agama.


Menurut kriteria GMTI 2022, Taiwan mengekalkan kebanyakan standard prestasinya dari tahun lepas dan juga mempunyai prestasi yang cemerlang dalam sub-kriteria seperti “Infrastruktur Pengangkutan”, “Keselamatan” dan “Sekatan Kepercayaan”. Dalam “Pemasaran Destinasi” dengan Malaysia, Taiwan juga menerima penarafan yang sangat tinggi dan mencatatkan lebih banyak mata daripada tahun lepas. Pertumbuhan ini menunjukkan Taiwan memberi banyak perhatian dalam pasaran pelancongan Muslim. Akibat perniagaan pelancongan dilanda oleh COVID-19, Taiwan tidak mudah untuk mengekalkan tempat kedua tahun ini dalam kalangan destinasi pelancongan negara-negara bukan OIC, yang sebelum ini kedudukan itu diadakan bersama dengan UK pada tahun 2021. Bagi kedudukan destinasi bukan OKI tahun ini, Singapura terus menduduki tempat teratasnya dan tempat ketiga dikongsi oleh Thailand dan UK.


Sejak wabak COVID-19, pelancongan antarabangsa telah terganggu dan industri pelancongan telah mengalami kemerosotan. Di sebalik situasi ini, Biro Pelancongan Taiwan tidak pernah berhenti memasarkan pelancongan Muslim dan menyepadukan sumber industri palancongan dan sektor awam untuk meningkatkan persekitaran pelancongan Taiwan. Biro Pelancongan Taiwan juga menerbitkan dua jenis garis panduan tentang sambutan pelancong Muslim pada tahun 2021 untuk terus meningkatkan kesedaran jenama pelancongan Taiwan dalam pasaran pelancongan Muslim. Seterusnya, biro tersebut akan mengeluarkan empat dokumentari bertempoh 10 minit pada bulan ini untuk mempromosikan Taiwan kepada pelancong Muslim dari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Sementara itu, Biro Pelancongan Taiwan terus membantu industri hospitaliti untuk membina kemudahan mesra Muslim, memberikan panduan tentang pensijilan halal dan mengadakan latihan sambutan pelancong Muslim. Apabila pelancongan antarabangsa bermula semula, Taiwan akan menjadi destinasi menarik yang menunggu lebih banyak pelancong Muslim untuk meneroka. “Salam, selamat datang ke Taiwan!”


Dr. Trust Lin, Hsin-Jen, Timbalan Ketua Pengarah Biro Pelancongan Taiwan menerima anugerah dalam talian


Taiwan diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis “Anugerah Pelancongan Halal 2022”


Taiwan diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis “Anugerah Pelancongan Halal 2022”